Majlis Pelancaran ZAKAT2U. Versi 4.0 Oleh Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (PPZ-MAIWP) Memberi Kemudahan Kepada Masyarakat Membuat Pembayaran Zakat Secara Dalam Talian - KEUNGGULAN WANITA LIFESTYLE AUTHOR TRAVEL BLOG

Khamis, 1 November 2018

Majlis Pelancaran ZAKAT2U. Versi 4.0 Oleh Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (PPZ-MAIWP) Memberi Kemudahan Kepada Masyarakat Membuat Pembayaran Zakat Secara Dalam Talian



KIRA   BAYAR   SEMAK


Assalamualaikum


Adakah anda semua sudah menunaikan Zakat? Tanggungjawab  menunaikan kewajiban  berzakat bagi setiap umat Islam. Tentu semua kadang-kala tidak ada masa hendak membayar Zakat di kaunter Zakat...betul tak? Jangan risau kini sudah ada kemudahan untuk anda semua membayar zakat secara Online.


Seri Wangi berkesempatan hadir di Pusat Pungutan Zakat - MAIWP (PPZ-MAIWP)  di Majlis Pelancaran Zakat2u Versi 4.0. MAIWP (PPZ-MAIWP) telah melancarkan perkhidmatan pembayaran zakat melalui laman web - zakat2u.com.my versi 4.0 yang mempunyai banyak kelebihan dan kemudahan selaras dengan perubahan masa kini untuk umum di Wilayah Persekutuan dalam menunaikan kewajiban berzakat. Dengan adanya kemudahan ini, pelbagai urusan pembayaran zakat dapat dilakukan menerusi dalam talian dengan mudah, cepat dan lancar.  


Antara kelebihan terkini yang terdapat menerusi laman web zakat2u (versi 4.0)
  • Pengiraan kalkulator zakat secara automatik yang lebih ringkas
  • Melakukan pembayaran lebih dari satu jenis zakat dalam satu masa dengan penggunaan 'Troli Zakat'
  • Penggunaan resit rasmi bayaran secara sepenuhnya.
  • Bacaan doa untuk para muzakki setelah selesai pembayaran zakat.
  • Integrasi pembayaran zakat menggunakan chatbox  FB Messeger.
Majlis pelancaran perkhidmatan laman web zakat2u versi 4.0 telah disempurnakan oleh Ketua Pegawai Eksekutif PPZ-MAIWP, Tuan Haji Ahmad Shukri Yusoff. PPZ-MAIWP juga akan sentiasa meningkatkan kualiti perkhidmatan pembayaran zakat kepada umum di Wilayah Persekutuan agar tiada lagi halangan untuk mereka menunaikan zakat agar ia dapat mengurangkan kemiskinan masyarakat bandar.






Kemudahan pembayaran zakat melalui zakat2u telah mula diperkenalkan sejak Ramadan 2011 lagi, kemudahan ini dilaksanakan selepas mengambil kira kesulitan para pembayar zakat untuk datang ke kaunter tetap disebabkan kesibukan kerja, kesesakan lalulintas dan pelbagai faktor lain. Seiring dengan itu PPZ-MAIWP mengambil inisiatif untuk memberi kemudahan ysng maksimum kepada pembayar zakat dengan menaiktaraf sistem zakat2u ke versi 4.0 


Untuk maklumat terkini sila layari:

Website


Facebook

Talian Zakat
1-300-88-5757



"PPZ-MAIWP  Memudahkan Anda Berzakat

3 ulasan:

  1. senang je terus boleh print resit! nak attach tax pun senang! yeay! Tahniah PPZ-MAIWP!

    BalasPadam
  2. Yesss now tak payah ke kaunter dah.. Online terus ajeeee

    BalasPadam
  3. da linNovember 4, 2018 at 9:05 AM

    Wah...bagusnya dengan zakat2u 4.0 ni, senang utk kita membuat pembayaran zakat..dah x perlu ada byk alasan lg dah ..

    BalasPadam

Thak You For Your Comment