'PROUD TO BE MALAYSIAN' - SUNWAY LAGOON BERBANGGA MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN MALAYSIA YANG KE 61 TAHUN - KEUNGGULAN WANITA

NUFFNANG

DS NUFFNANG

Sabtu, 1 September 2018

'PROUD TO BE MALAYSIAN' - SUNWAY LAGOON BERBANGGA MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN MALAYSIA YANG KE 61 TAHUN



'PROUD TO BE MALAYSIAN'

Kita sebagai rakyat Malaysia sangat bertuah kerana setiap tahun negara kita akan menyambut  Hari Malaysia dan Hari Kemerdekaan. Tahun ini kita sekali lagi menyambut Hari Kemerdekaan Malaysia yang ke 61 tahun dan ini bermakna sudah 61 tahun negara kita merdeka dari penjajah. Dengan itu sempena menyambut Kemerdekaan Malaysia pada 31 Ogos 18, pihak Sunway Lagoon mengambil inisiatif untuk menyambutnya dengan mengadakan pelancaran kempen 'Proud To Be Malaysian'...siapalah yang tidak berbangga menjadi rakyat malaysia yang berbilang bangsa dan kaum kan? Kempen tersebut memperkenalkan 7 patung Bison yang dikenali 'One' by Infantino Fernandes. Pelbagai persembahan pembukaan diadakan yang membuatkan pengunjung terhibur.







"Put on the map as Malaysia's top theme park destination by vistors from all over the world, we are celebrating Malaysia and unity with our guests through this very special campaign that embodies Malaysia as a whole. We have also incorporated notable and cultural elements of the country into the campaign which makes us proud to be Malaysian," said Sean Choo, General Manager of Sunway Lagoon.
 He added, "What guests will especially be exited to see is 7 Bison sculptures, entitled "One" which carry a meaningful message which we hope to share. Although these 7 sculptures are all different in sizes and outlook, they are united as one, in relation to Malaysia's multicultural background. Adding to our long list of accolades, we are looking to get 'One' on The Malaysia Book of Records in the "Most Number of Metal Sculptures in a Single Collection by a Solo Artist" category."



Seri Wangi berkesempatan datang bersama meraikan majlis pelancaran kempen tersebut bersama keluarga blogger Sis Gee dari Kelantan yang bercuti bersama keluarganya  di Kuala Lumpur, jadi kami amat gembira dapat bersama meraikan majlis tersebut yang disambut dengan meriah sekali dan happening sempena sambutan Hari Kemerdekaan Malaysia. Sunway Lagoon mengadakan pelbagai aktiviti dan tawaran hebat yang bermula dari 17 Ogos hingga 16 Sep 2018, sepanjang aktiviti tersebut pelbagai persembahan tradisional pelbagai kaum akan dipersembahkan, permainan tradiosional seperti Congkak Gergasi, Sepak Raga, Batu Seremban dan persembahan Silat (ps:seri wangi pun join sama).








Untuk makuman uoll pada 16 Sept 2018 bawalah family beramai-ramai ke Sunway Lagoon kerana korang dapat menyaksikan pelbagai aktiviti menarik seperti pertunjukkan aksi 'Roti Canai' dan 'Teh Tarik' dan banyak lagi begitu juga pada 31 Ogos dan 16 Sep 2018. Paling istimewa untuk anak-anak merdeka yang lahir pada 31 Ogos akan menerima hadiah misteri dengam menunjukkan MyKad di kaunter tiket Sunway Lagoon. Untuk pengunjng muda pula mereka akan diberi layanan istimewa 'LIMITED EDITION'  Tatoo Sementara 'Proud To Be Malaysian' dan juga pelbagai goodies pada tarikh tersebut.

THE MALAYSIAN BAZAR





Selain itu sepanjang  kempen tersebut terdapat aktiviti dan jualan makanan di Bazar  yang disediakan bermula dari 17 Ogos hingga 9 Sept 2018 di mana diadakan cabaran mingguan  'Man VS Food: 61 sec' untuk menguji kehebatan dalam pertandingan tersebut. Haaa...seri wangi dah cuba sahut cabaran tersebut makan mee kari yang pedas tapi sedap....mana boleh menang sebab kita makan slow jer...haaa!! Macam-macam makanan dan minuman yang enak-enak belaka yang uoll boleh nikmati di Malaysian Bazaar Bingo Card Game dan pastinya yang Seri Wangi suka ialah Nasi Lemaknya yang sangat sedap dan juga Ais Kacangnya yang dipenuhi pelbagai perisa dan bahan-bahan yang memang menyelerakan, begitu juga kebabnya yang kaya dengan intinya, mee kari, kuew tiaw dan banyak lagi makanan yang Seri Wangi suka, di samping kita menjamu selera, kita juga dapat melihat pelbagai persembahan kebudayaan pelbagai kaum di Malaysia. Jadi apa lagi jomlah datang mencubanya.


APA YANG ADA DI THEME PARK SUNWAY LAGOON




Seri Wangi sebenarnya sudah lama tidak masuk ke Theme Park Sunway Lagoon ni, percaya tak kali terakhir masuk ke sini bersama anak-anak masa dorang berumur 12 tahun....sekarang Sunway Lagoon dah banyak berubah dan dah banyak tempat-tempat menarik yang pasti membuatkan anak-anak teruja dan begitu juga dengan orang dewasa kerana taman tema Sunway Lagoon terlalu luas untuk kita terokai...rugilah sapa yang tidak ke Sunway Lagoon...maunya 1 hari 1 malam tak habis untuk korang discover Sunway Lagoon, lebih-lebih lagi kalau bawak anak-anak, gerenti tak ingat nak makan kalau dah masuk kolam mandinya yang teramatlah luas. Bila dah masuk ke kawasan Water Park jangan haraplah nak ajak bebudak tu ke tempat lain...memang terujalah sangat. Begitulah dengan Sis Gee dan keluarganya yang masing membawa anak-anak kecil yang teruja dan tidak sabar-sabar nak bermain air.







kredit gambar dari Sis Gee



Selepas puas mandi manda termasuklah Seri Wangi sekali mandi di Water Park, itupun puas suruh anak-anak dorang keluar dari kolam, puas pujuk sebab masa makin suntuk dan banyak lagi yang belum kami habis terokai. Bila dah habis tukar baju kami semua pergi bahagian outdoor games pulak. Semua ganes Seri Wangi join untuk mencabar diri terutama sekali Roller Coaster yang first time Seri Wangi mencubanya walaupun takut-takut berani disebabkan semua satu kepala membuatkan Seri Wangi jadi berani...giler betul rasanya badan kita macam nak melayang jer...! Lagi satu masuk rumah hantu GhostBusters....haaaa...tak seram sebenarnya tapi dorang punyalah menjerit kena sergah..gelap pulak tu jadi Seri Wangi pegang kuat-kuat tangan sis gee takut terlepas tapi....bukan sebab takut tau...Seri Wangi sergah balik hantu-hantu tu adalah...!





Bestnya dapat bercuti and enjoy di Sunway Lagoon dan tidak lama lagi cuti sekolah, jadi jomlah bawa family berholiday ke sini. Sekarang Sunway Lagoon sedang buat promosi untuk pembelian tiket masuk terutamanya bila kita membeli tiket secara online mulai 17 Ogos hingga 16 Sept 2018 untuk mendapat diskaun RM61 dengan menunjukkan Mykad dan juga bagi warga emas mereka dibenarkanmasuk secara percuma....bestkan?

Untuk maklumat lanjut tentang promosi
dan lain-lain bolehlah layari:

Website:

Facebook:

Tel:

03-56390000


27 ulasan:

  1. wah macam-macam aktiviti ada ye, rugi pulak rasa tak pi hari tuh. kalau tau pi kan

    BalasPadam
    Balasan
    1. Haa..memang rugi xpegi tau...blh bwk family...happy seumur hidup...haa

      Padam
  2. My children enjoyed playing with the slides whenever we went to Sunway Lagoon. I like their decoration for the National Day campaign.

    BalasPadam
    Balasan
    1. l also enjoyed playing the slides and other gaames there and also roller coaster

      Padam
  3. Tak pernah lagi jejak kaki ke Sunway lagoon ni. Teringin jugak one day tapi nak kene tunggu anak-anak besar dulu baru pergi. Baru syok hehehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Memang enjoy kalau pergi dgn family terutamanya bawak budak2

      Padam
  4. Sunway Lagoon is a great place to splish splash.. hahaha~ Nice to celebrate national day there!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Yes...masih belum lambat nak ucap selemat hari kemerdekaan

      Padam
  5. meriah nampaknya sambutan mereka kak. Apapon selamat hari kebangsaan kak

    BalasPadam
    Balasan
    1. Memang meriah mcm2 aktiviti ada dan ada diskaun dan utk warga emas masuk percuma

      Padam
  6. seronoknyaaa.tak pernah lagi pergi sunway lagoon sebab jauh. kalau turun KL pun banyak tempat nak pergi dan bila ada kerja je hahah tak sempat nak lari sini

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kak pun msk ni baru 2 kali..itupun masa anak2 kecik, lucky dpt masuk dgn kawan2

      Padam
  7. Banyaknya aktiviti. Dah lama tak sampai Sunway Lagoon. Normal price sekarang berapa ye?

    BalasPadam
  8. bestnya dapat ke Sunway Lagoon dan yang paling best dapat turut serta meraikan hari kemerdekaan dengan pelbagai aktiviti kat situ

    BalasPadam
  9. Waahhh happening sungguh sambut merdeka kat Sunway Lagoon. Kita lama dah x masuk sana..mesti banyak game baru kan

    BalasPadam
    Balasan
    1. Haaa...memang happening sampaikan rasa tak cukup masa pulak haaaa

      Padam
  10. dah banyak perubahan dah sunway lagoon ni.. dah bertahun tak pergi. makin banyak tarikan kat sini.

    BalasPadam
  11. Sy pun suka bawa famili lawat ke Sunway Lagoon, mcm mcm ada kat sana. Bestnya promosi RM61 je utk mykad semua ya. Berbaloi sgt sgt.

    BalasPadam
  12. Alahai bestnya kak. Rugi pulak tak turun haritu. Banyak aktiviti pulak tu. Takpela panjang umur tahun depan boleh join

    BalasPadam
  13. Rawlins dah cadang nak check in dan enjoy di Sunway this weekend. Nak mandi dan naik rides kat situ sampai lebam hehehe

    BalasPadam
  14. Wah makin best aktiviti dalm sunway lagoon ni . bila lah dapat pergi sana lagi . Tengah ada promosi tu

    BalasPadam
  15. Meriah sambutan merdeka dekat sini. Serinok bila ada macam-macam aturcara disediakan memang meriah.. bawa family mesti lagi fun kan hehe

    BalasPadam
  16. amboi seri wangi mandi di sunway yer. Bestnya !! Dah lama saya tak ke sana. tengok pengalaman seri wangi jadi teringin lagi ke sana

    BalasPadam
  17. Lama kot tak ke Sunway Lagoon ni. Banyak dah attraction nye. Cuti sekolah ngan weekend sure penuh.

    BalasPadam
  18. Seronik tengok akak... Hari merdeka leya & otomen balik kampung.xdapat nak join akk..hehehe..ape²pun terbaeeekkkkk laa kak..

    BalasPadam
  19. Good to see you here Kak Halimah! Didn't see you inside the park cos my anak busy bawa saya lari entah ke mana lolxxxx

    BalasPadam
  20. Wahh. Kemain eh Kak Limah sambut Merdeka kat sini. Syok Sunway Lagoon selalu buat aktiviti promosi macam ni.

    BalasPadam

Thak You For Your Comment