CJ WOW SHOP BAKAL MENCAPAI 1 JUTA PELANGGAN MENERUSI "WOW IN A MILLION" - KEUNGGULAN WANITA

NUFFNANG

DS NUFFNANG

Ahad, 26 Ogos 2018

CJ WOW SHOP BAKAL MENCAPAI 1 JUTA PELANGGAN MENERUSI "WOW IN A MILLION"


"WOW IN A MILLION"

Kini CJ WOW rangkaian membeli-belah online di rumah melangkah maju ke hadapan dengan rancangan terbaru mereka yang bakal mencapai 1 juta pelanggan menerusi kempen "WOW In A Million" bagi menghargai dan memberi ganjaran kepada pelanggan setianya. 




Kempen "WOW in a Million" akan disambut selama sebulan di mana sebuah pasukan CJ WOW SHOP  akan menjelajah seluruh negara untuk melawat 100 Pelanggan Utama yang membuat jumlah pembelian tertinggi yang akan menerima kejutan manis apabila pasukan CJ WOW SHOP tampil di halaman rumah mereka untuk menyampaikan ucapan terima kasih dan mempersembahkan pelbagai hadiah dan ganjaran untuk mereka yang bertuah. Encik Kim Yang Hyun, Ketua Pegawai Eksekutif CJ WOW SHOP yang akan memimpin barisan konvoi CJ WOW SHOP ini yang terdiri dari daripada para eksekutif kanan, pengacara program dan ahli kru  CJ WOW SHOP.


CJ WOW SHOP dijangka akan melepasi tanda aras sejuta pelanggan dalam bulan Sep 2018 dalam tahun ini dan hingga kini pencapaian semakin bertambah sebanyak 56 peratus sejak tahun 2017 yang membuktikan kedudukan  CJ WOW SHOP sebagai perkhidmatan beli-belah di rumah yang menawarkan produk bermutu tinggi, inovatif dan mampu meningkatkan kualiti kehidupan pengguna serta telah berjaya mengekalkan asas pelanggan berulang yang kukuh. Ini membuktikan dengan golongan 100 Pelanggan Utama yang secara puratanya telah membelanjakan sebanyak RM14,600 setiap orang.


CJ WOW SHOP akan memberi ganjaran baucar membeli-belah bernilai RM20 setiap orang  kepada semua pelanggannya untuk pembelian seterusnya menerusi platform e-dagang CJ WOW SHOP dari 1 - 30 Sep 2018 dan juga akan membawakan program siaran langsung  khas sepanjang hari yang memaparkan beberapa selerbriti undagan, di samping menjanjikan interaksi dan tawaran yang lebih menarik bagi para pelanggannya. CJ WOW SHOP juga telah menambahkan tawaran dari 27 pilihan kepada 450 barangan hingga hari ini, termasuk pelbagai produk kelengkapan rumah, barangan elektrik, peralatan elektronik, produk kecantikan, fesyen dan sebagainya. 

Bagi meningkatkan lagi unsur hiburan bagi rancangan beli-belah televisyen, rangkaian ini telah memperkenalkan sebuah program dalam format baharu iaitu 'The WOW Show' yang menampilkan Yana Samsudin sebagai pengacara tetamu selebriti. Rancangan ini juga turut meraikan ulangtahun pertamanya yang telah berjaya mencatatkan jumlah jualan sebanyak RM12 juta sepanjang siaran 94 episod menerusi saluran TV3 dan TV9.



CJ WOW SHOP juga telah menjalin gadingan dengan jenama fesyen Korea 'Ce&'  serta kumpulan K-Pop - Wanna One dan juga berganding bahu dengan rancangan TV Korea Selatan Channel A untuk mempersembahkan "Sales King TV'  dan beberapa rancangan lain. CJ WOW SHOP merupakan usahasama antara Media Prima Berhad dengan CJO Shopping Co Ltd (CJO) dari Korea Selatan iaitu pengendali TV Beli-Belah di Rumah No 1 di Asia.

Menang Cabutan Bertuah


Untuk Maklumat Berkenaan CJ WOW SHOP
layari

Website

Facebook


6 ulasan:

  1. Tahniah Kak Halimah a.k.a. Seri Wangi.. Semoga terus bertambah rezeki. Leya memang suka juga tgk CJ Wow Shop di TV...

    BalasPadam
  2. Than's such a huge achievement and to think that I have not heard of them before! I must be living in a cave. Must check out what CJ WOW has!!

    BalasPadam
  3. Mak Rawlins salah seorang pelanggan tetap dan hardcore CJ Wow nie. Tahniah pada CJ WOW ye.

    BalasPadam
  4. Wow. Tahniah kerana dapat cabutan bertuah. Moga-moga rezeki yang berlimpah-limpah pulak lepas ni. :D Yeah~Wow Shop memang telah berkembang dengan pesat dan kini telah menjadi salah satu pilihan yang paling utama untuk pembeli. :D

    BalasPadam
  5. CJ WOW SHOP definitely hit a success in Malaysia! Congrats to their achievement =) I really enjoy all their item and deals they have!

    BalasPadam

Thak You For Your Comment