MCDONALD'S, JALAN GAMBANG MEMPERKENALKAN SYSTEM GUEST EXPERIENCE LEADER (GEL) - KEUNGGULAN WANITA

NUFFNANG

DS NUFFNANG

Ahad, 15 Julai 2018

MCDONALD'S, JALAN GAMBANG MEMPERKENALKAN SYSTEM GUEST EXPERIENCE LEADER (GEL)



Selesai sudah program Discover Bukit Gambang Resorts City, Kuantan, Pahang selama 3H2M di sana mulai 4 hingga 6 Julai 18 bersama #teamBPT banyaklah kenangan manis yang tidak dapat Seri Wangi lupakan walaupun masing-masing buat pertama kali bertemu, namun begitu kemesraan dan keakraban mereka sudah seperti keluarga, Seri Wangi rasakan walaupun Seri Wangi tinggal di Kuala Lumpur dan mereka dari Pantai Timur dan ada yang dari Kedah, kemesraan tetap terjalin. Akhirnya sekali sebelum pulang pertemuaan terakhir ialah Pit Stop McDonald's, Jalan Gambang (Sg Isap).  





SYSTEM GUEST EXPERIENCE LEADER (GEL)


McDonal's Jalan Gambang harus berbangga kerana mempunyai staf mereka yang mesra dengan layan terbaik terutamanya apabila mereka dengan senyuman manis menyambut kedatangan #teamBPT. Kami disambut oleh seorang wanita yang sudah berusia bertugas sebagai Guest Experience Leader (GEL). Salah seorangnya adalah Puan  Nik Anisah yang dipanggil Mama oleh pelanggan-pelanggan tetap McDonald's yang datang menjamu selera di situ. Setiap pelanggan yang datang pasti berasa gembira dan terhibur dengan layanan mesra Nik Anisah. Beliau mula bertugas di McDonal'ds  Jalan Gambang sejak 6 Apr 2015, telah dinaikkan pangkat menjadi GEL pada 1 Oktober 2015 selepas bertugas selama 6 bulan, kira-kiranya Nik Anisah sudahpun lama bertugas di McDonald's selama 3 tahun.

Kredit Gambar www.sisgee.com - Nik Anisah (tengah)
GEL Nik Anisah (Mama) adalah seorang yang sangat peramah, melayan setiap pelanggannya yang tidak kira agama, bangsa dan umur. Beliau berasal dari Kelantan dan hobinya memang suka bercerita, bersembang dan pandai mengambil hati terutamanya pelangan cilik yang sememangnya pelbagai ragam dan kerenah dan dia tetap melayannya dengan ikhlas hati dan penyanyang. Nik Anisah bercerita bahawa sejak bertugas sebagai GEL di McDonald's, kenangan paling manis sejak bertugas di situ ialah apabila tibanya sambutan Hari Lahir dan Hari Kanak-Kanak di McDonal's.





Untuk makluman korang McDonald's sentiasa memberi peluang kerja kepada semua stafnya yang inginkan peningkatan dalam kerjaya masing-masing walaupun sudah berusia dan juga kebajikan pekerjanya sentiasa terjamin terutamanya pekerja Islam yang bekerja di McDonald's akan menerima zakat pada musim Perayaan Aidilfitri. Dan satu lagi Nik Anisah sebagai pekerja di McDonald's sentiasa menganggap pelanggan sebagai tetamu VIP dan mengalu-ngalukan kedatangan mereka dengan sambutan yang penuh mesra.



Oklah sepanjang kami menjamu selera di McDonald's perasaan gembira dan seronak kerana layanan mesra staf di situ termasuk golongan OKU, ibu tunggal dan warga emas yang mana McDonald's mengamalkan GEL supaya golongan ini tidak berasa dipinggirkan. Kalau nak tau setiap hari Jumaat, staf lelaki yang berugama Islam akan menunaikan solat Jumaat di masjid berdekatan dan mereka ditugaskan mengedar minuman percuma kepada jemaah yang hadir.





Hmmm...sedapnya
McCafe

Untuk maklumat lanjut tentang perkhidmatan /Service McDonadl's Jalan Gambang seperti tempahan Majlis Harijadi bolehlah terus berurusan di McDonadl's Jalan Gambang, Kuantan, Pahang.

Hubungi:

Telefon/Faks:  09-5362746

Waktu Beroperasi 24 Jam
Sarapan, Drive-Thru dan McCafe

2 ulasan:

Thak You For Your Comment