BUKIT GAMBANG SAFARI PARK (BGSP) ADALAH SAFARI PARK YANG TERBESAR DI MALAYSIA - KEUNGGULAN WANITA

NUFFNANG

DS NUFFNANG

Selasa, 10 Julai 2018

BUKIT GAMBANG SAFARI PARK (BGSP) ADALAH SAFARI PARK YANG TERBESAR DI MALAYSIA


Salam semua,


Seri Wangi pernah berangan kononnya nak ke Afrika nak tengok binatang-binatang liar di Taman Safari kat sana. Haaa...cuma tinggal angan-angan ajelah. Tapi....jangan bersedih hati tau sebab kita kat Malaysia ni pun ada Safari Park. Nak tau kat mana? Haaa...apa lagi kalau tidak di Bukit Gambang Safari Park, Kuantan. Kalau korang semua nak tau Bukit Gambang Safari Park ni adalah yang terbesar di Malaysia.  First time Seri Wangi menjejak kaki di sini dan melihat sendiri bintang-binatang liar di Wild Savannah dengan menaiki Kenderaan Tram. Hmm...banyak pengalaman, pengetahuan dan kenangan manis semasa menerokai alam semulajadi di sini. Nak tau apa yang kita dapat menerokai #Bukit Gambang Safari Park? Kenalah baca sampai habis kalau nak tau apa yang menarik di sini.




Seri Wangi bersama-sama keluarga team #Blogger Pantai Timur (#teamBPT) berpeluang bercuti di Bukit Gambang Resorts City, Kuantan, Pahang.  Rasanya dah lama Seri Wangi teringinlah sangat bercuti di sini dan akhirnya termakbul jugaklah hajat Seri Wangi untuk sampai di tempat percutian yang menjadi viral di masa kini. Apa yang sangat menariknya selain Taman Temanya iaitu Bukit Gambang Water Park, Seri Wangi paling tidak sabar untuk Discover Bukit Gambang Safari Park.   

Kenderaan Tram disediakan untuk ke Bukit Gambang Safari Park
Seri Wangi nak cite dulu sebelum bergerak dengan menaiki Tram ni, keselamatan pengunjung adalah yang paling diutamakan sebelum kita memasuki kawasan Safari Park, penerangan terperinci oleh pengiring kami di dalam tram. Haaaa,,,nak cite ni...Kalau nak tau Bukit Gambang Safari Park ini adalah Safari Park yang terbesar di Malaysia yang mana keluasan hutannya adalah 138 ekar dan cuma 35km dari Bandar Kuantan, yang terdiri dari Penjalan Kaki dan Zone Savannah Tram, ianya beroperasi dari pagi hingga 9 malam. Kita juga dapat melihat pelbagai pameran dan pertunjukkan yang disediakan untuk pengunjung. Perjalanan kami yang bermula waktu petang pukul 2.00pm hingga ke malam kerana kami akan melihat pelbagai kehidupan di Safari Park.


WILD SAVANNAH AND ATV 




Perjalanan kami menaiki Tram untuk melihat kehidupan liar di Kawasan Savannah sangat menakjubkan sebab Seri Wangi dapat melihat binatang-binatang yang kebanyakkan jarang-jarang kita dapat melihat dengan mata kita sendiri.  Tram berhenti di Station Tram sebelum meneruskan perjalanan ke Savannah untuk menurunkan kawan-kawan yang mau meneruskan perjalanan mereka dengan menaiki ATV untuk mencabar diri menerokai dan merasai pengalaman melihat binatang-binatang di kawasan Safari Park. Seri Wangi dan teman-teman lain pula memilih menaiki Tram saja.


Bagi kawan-kawan lain yang menaiki ATV dapat melihat dari dekat pelbagai binatang yang bergerak bebas di kawasan tersebut. Apa yang Seri Wangi tau terdapat 300 jenis binatang yang didatangi dari seluruh dunia. Bahagialah korang dapat pusing-pusing dengan ATV tu,  jelouslah pulak Seri Wangi tak dapat joint sama. Namun begitu mereka tidaklah pula dapat memasuki kawasan Wild Savannah tu.

Mencabar diri dengan memandu ATV
Oklah kita tinggal dorang tu pusing-pusing makan angin, kami meneruskan perjalanan memasuki Wild Savannah yang mana untuk memasuki kawasan tersebut kami cuma boleh melihat kehidupan habitat binatang liar seperti;

    - Cheetah yang satu-satunya ada di Malaysia.
    - Singa putih, kangaroo putih, burung hantu warna putih.
    - 4 ekor dari 6 ekor Unta yang terdapat di dunia.
    - 4 ekor dari 8 ekor beruang yang ada di dunia.
    - Golden Headed Lion Tamarin, 1 dari 19 primate di BGSP.
    
Setiap laluan mempunyai pintu automatik yang di kawal dari pusat BGSP untuk menjaga keselamatan pengunjung, memang pun seronok dapat melihat dari dekat binatang-binatang tersebut yang berada di dalam pagar keselamatan dan dinasihatkan kami tidak membuka cermin tingkap Tram tersebut selagi tidak melepasi zone tersebut.. Jangan risau keselamatan pengunjung terjamin. Bila habis melalui kawasan Wild Savannah tersebut, barulah kami bebas melihat binatang-binatang jinak yang lain dari dalam Tram juga hinggalah sampai ke station Tram yang mana kami perlu berjalan ke Village Arena@Foreign Village untuk melihat aktiviti-aktiviti show di situ pula.

PREDATOR INSTINCT SHOW

Village Arena@Foreign Village

Kalau kita rasa tidak puas melihat habitat kehidupan binatang liar semasa kita round-round tadi, jangan risau sebab kita dapat melihat dari dekat macamana harimau menerkam mangsanya di Predator Instinct Show dan juga burung helang dan lain-lain. Bestkan? Dah tengok show, kami dibawa pula ke Forest Arena@Forest Land yang mana kita boleh melihat keindahan alam semula jadi hutan simpan di Bukit Gambang Safari Park.

WONDERFUL BIRDS SHOW




Seri Wangi paling suka melihat show ni sebab kami semua terhibur melihat gelagat dan betapa cerdiknya burung-burung tersebut dilatih mengikut kata jurulatihnya, paling terhibur ialah kanak-kanak yang berada di situ, di samping membuat amal untuk tabung mereka. Kita boleh menderma senyak RM5.00, RM10 atau ikut ikhlas hati kita. Dah habis show kami dibawa untuk minum petang pula di Summer Seasons. Semua dah laparkan?mana tidak satu hari round BGSP dengan cuaca panas terik ketika itu.


Hmmm....bila dah minum dan makan-makan, barulah rasa segar sikit mata tu, budak-budak pun tak merengek lagi sebab dah kenyangkan? Jom...kita teruskan berjalan ke Village Arena@Foreight Village. pula. Haaa....show ni lagilah best dan menghiburkan juga takut pun ada...! Nak tau apa dia?tengoklah sendiri nanti...

MULTI ANIMAL SHOW 


Pertunjukkan ni pun menghiburkan yang mana jurulatihnya memberi minum susu kepada beruang hitam dan kambing-kambingnya, monyet comel yang menunjukkan kehebatannya meniti tali (dah lupa nama spesis monyet tu) dan last sekali anak #teamBPT diberi kejutan dengan meletakkan ular di bahunya. Korang berani tak? Haaa....memang semua tidak berani, Seri Wangi beranikan diri memegang ular sawa yang berat tu...yang mak-mak bebudak tu lagilah tak berani tetapi anak-anak dorang tu beranilah pula....first time Seri Wangi peluk ular sawa tu tau tak? Kenangan paling mans buat Seri Wangi pegang ular sawa yang jinak tu next time kalau jumpa ular sawa yang kat luar tu gerenti tak beraninya!! Dah pun habis Multi Animal Show.  Semua dah laparkan? time kita dinner pulak! Ke mana yer....?special untuk kitaorang berdinner dengan Singa Putih (White Lion)  iaitu ke Western Dinner@Simba Hill Gourmet Hill.

DINING WITH WHITE LION


Haaa...dinner kali ini sangat special buat #teamBPT  sebab kami berpeluang dinner dengan White Lion yang dapat dilihat di cermin. Kalau kita tengok ke main lagi relax dan jinak singa putih tu, rasanya macam nak pergi peluk-peluk singa tu....sambil makan sambil tengok kerenah White Lion tu...best giler kan?budak-budak lagilah teruja dapat tengok dari dekat, sekali dengan mak-mak budak yang tak habis-habis berselfie.


Semua dah kenyang dan happy dapat dinner dengan White Lion tu, ada lagi cerita tak habis lagi tau...ada lagi show yang belum kami tengok lagi...hmmm...sampai ke malamlah nampaknya kami berada di Bukit Gambang Safari Park. Ke mana lagi yer? Jom kita tengok pulak abang-abang sado makan api, sembur api dan telan api...korang berani ke?Jangan pula ikut yer?nti terbakar pulak satu badan tu...Village Courtyard@Foreight Village.

AFRICAN YABARA FIRE SHOW


Seri Wangi dan #teamBPT sangat terpegun melihat kehebatan dan keberanian abang-abang sado tu menunjukkan kehebatan masing-masing bermain api, semua yang hadir sangat terhibur dengan lawak mereka menunjukkan macam mana mereka bermain api dengan menelan, menyembur dan membaling api...hebat betulkan?Adik-adik jangan pula tiru gaya dorang tu tau...bahaya. Dah happy dan teruja tengok show tadi, kitaorang pergi ke show last sekali. Apa dia?Village Arena@Foreight Village.

TARSAN ADVENTURE SHOW/NIGHT JUNGLE


Haa....jom kita tengok teater pulak untuk menghiburkan hati. Teater Tarsan yang lawak habis, budak-budak suka dan gelak sakan termasuklah Seri Wangi. Syok tengok lakonan kelakar dorang memang best. Habis jer show terus semua turun nak berselfie dengan pelakon-pelakon Tarsan bukan Tarzan tau...!! Sedar-sedar dah larut malam, masing-masing keletihan dan mengantuk. Time nak balik dekat jer dengan naik Tram.





TIKET BUKIT GAMBANG SAFARI PARK

1.  Adult :  RM63.00 - 13 tahun ke atas
2.  Child/Senior Citizen/OKU : RM43.00
Child above 90cm until 12 years/Sr Citizen 60 years old
Child below 90cm entrance is free

Combo Tickets (Safari Park + Water Park)

1.  Adult :  RM88.00
2.  Child/Senior Citizen/OKU : RM58.00


Maklumat Lanjut Layari:


Baca juga:



32 ulasan:

  1. cayalah kak limah.. still strong masuk SAVANNAH

    BalasPadam
  2. Wahhhh.... Menarik... Best tengok.. Nanti boleh LeYa dan Otomen ke sini pula

    BalasPadam
  3. Saya x pernah pergi sini tapi tempat ni macam menarik. Sbb macam3 aktiviti boleh buat. Bukan semata main air sahaja hehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Memang best ayu, kak first time dtg gambang resort byk yg menarik di sini

      Padam
  4. Ala kenapa Seri Wangi tak join naik ATV tu? Macam best jer..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tulah..rebut2 dgn dorang, xpalah kasi anak2 muda heee

      Padam
  5. Masa pergi Bukit Gambang dulu tak pergi pulak Safari dia. Orang kata Safari Bukit Gambang ni best dan besar. Rugi pulak tak pergi alang alang dah ke sana kan?. White Lion pun ada. Bestnyer....

    BalasPadam
    Balasan
    1. Next time klu gi hotel dia siap dgn pakej free gi water park dgn safari park

      Padam
  6. Eh best rupanya dalam ni eh. Ingatkan tempat untuk mandi-mandi je. Suka dengan lokasi yang macam zoo ni, dapat tengok haiwan.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kalau zayani pg mesti best blh naik ATV tgk binatang2 safari dlm tu

      Padam
  7. wah.. combo rm88... baik ambil combo je kan.. boleh lah main dan jalan-jalan kat dua-dua tempat.. safari park dna waterpark.. tapi cukup ke masa nak jalan2 dua tempat tu ye? nak main kat waterpark pun dah berjam-jam.. heee

    BalasPadam
    Balasan
    1. haaa...amik pakek menginap kat hotel gambang nti dpt pg tgk safari park and waterpark free

      Padam
  8. Bestnya dapat tgk wild animals dalam keadaan mereka bebas dan tidak terkurung pun. Dan ada haiwan2 yang mmg tak dapat jumpa di Malaysia tapi dapat lihat di Gambang Safari Park ni kann.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Yup...sis pun first time dpt ke safari park tp masa time we all pg tghari jd dorang tgh syok tidur heee...dpt tgk beberapa ekor jer..

      Padam
  9. Kacam2 aktiviti boleh kita lakukan kat sini. Semuanya menarik2. Bukan blh mandi ker macam2 ada ya

    BalasPadam
    Balasan
    1. Yelah...kak pun ingat Bukit Gambang cuma ada water park..memang best giler..menjunam dgn slide haaa,,,

      Padam
  10. Pernah pergi bukit gambar dulu masa bujang. sekarang anak dah 2 lama pulak tak singgah sana. Kalau bukan sebab jauh mesti dah selalu singgah

    BalasPadam
  11. Pernah pegi lama dulu tapi masa tu belum ada safari ni lagi.
    Wah.... Menarik dah sekarang. Boleh lah save bookmark your story, nanti leh plan pegi sana

    BalasPadam
  12. Pernah sampai sini 10 tahun lepas masa company buat trip akhir tahun, best lah jugak. Tengok tempat orang

    BalasPadam
  13. Tak pernah sampai Gambang safari park ni, walau banyak kali dah lalu gambang ni bila nak kampung. Boleh tahan harga tiket yer, aktiviti pun banyak, berbaloi2

    BalasPadam
  14. I went to Bukit Gambang once and love the place so much. My children like the safari park where all the animals are so close to them.

    BalasPadam
  15. Masih belum berkesempatan nak ke Bukit Gambang ni, memang ada perancangan tapi tak ada masa lah pulak..hehehe. Anak mesti suka kalau ada akiviti macam ni

    BalasPadam
  16. Tak pernah lagi ke Safari Park ni..biasa balik besut guna LPT, mesti nampak kelibat binatang kt situ hehe

    BalasPadam
  17. I want visit Bukit Gambang but no time for it. Seem interesting place and good for family getaway. The price a bit expensive.

    BalasPadam
  18. I think I have visited this place before but I can't really remember these places that you shared. HHmm I think it's time to go again!!! Really want to visit a safari but this will have to do for now!

    BalasPadam
  19. Pernah kesini beberapa tahun lepas. Join explorace masa bulan puasa.

    BalasPadam
  20. This park is so freaking huge! So many things to see and experience. It also been a while since I visit a Safari Park.

    BalasPadam
  21. Wah gambang pun dah ada safari. Dekat dengan rumah keluarga ruby. Balik kampung boleh ke sini nanti. Dulu selalu pergi mandi water park aje. Hehehe

    BalasPadam
  22. Bestnya..dah lama teringin nak ke kjantan..maybe boleh c0nsider to stay here kan..banyak gak aktivti menarik boleh buat kat sana

    BalasPadam

Thak You For Your Comment