RESEPI MAKCIK BAWANG: BAWANG GORENG RANGUP DARIPADA BAWANG BESAR - KEUNGGULAN WANITA

NUFFNANG

DS NUFFNANG

Jumaat, 1 Jun 2018

RESEPI MAKCIK BAWANG: BAWANG GORENG RANGUP DARIPADA BAWANG BESAR



Assalammualaikum dan Selamat Berpuasa Semua


Seri Wangi dah lama tidak post resepi, sempena bulan puasa ni Seri Wangi tengah rajin nak bagi resepi mudah, tak susah nak buat cuma guna 2 bahan jer iaitu bawang besar dan tepung jagung....Seri Wangi bukan makcik bawang tau..saja nak bergurau sebab nak bagi resepi Bawang Goreng. Seri Wangi taulah korang semua tau nak masak bawang goreng tapi biasanya bawang goreng yang kita buat guna bawang kecik, tapi kali ini bawang goreng Seri Wangi ni lain sikit tau..ini pun sebab tak nak membazir bawang besar yang cik abang beli satu guni...haaaa.


Beli jer Bawang Besar Merah tu jangan beli bawang besar Holland tak sedap sebab bawang Besar merah rasanya manis. Duka hatilah nak guna baynyak mana kalau rajin kupaslah banyak-banyak bawang besar kalau nak dapat banyak bawang goreng. Dah buang kulit bawang besar tu, dah basuh bersih-bersih, belah dua and lepas tu sagatlah dengan penyagat...nampak cantik kan?Kalau potong dengan pisau tak jadi.


Bawang Besar Yang Telah Disagat 

Bila dah siap sagat bawang besar tu, kemudian amik beberapa sudu tepung jagung terus tabur pada bawang besar yang disagat tadi, gaul hingga rata, tak payah campur air sebab bawang sudah berair. Seri Wangi tidak letak garam terpulanglah kalau makcik-makcik nak letak garam. Oh ya tepung jagung tu bila ditabur pada bawang tu biarlah bawang tu ditutupi tepung jagung macam salji...habis...bolihlah goreng macam biasa. Bawang goreng ni rasanya rangup dan manis.



SELAMAT MENCUBA DAN BERBUKA

1 ulasan:

Thak You For Your Comment