RAWAT KAKI BERMASALAH DI SUNFEET INTERNATIONAL REHAB CENTRE - KEUNGGULAN WANITA LIFESTYLE AUTHOR TRAVEL BLOG

Jumaat, 18 Mei 2018

RAWAT KAKI BERMASALAH DI SUNFEET INTERNATIONAL REHAB CENTRE



Ada masalah dengan sakit tumit? lutut,sakit pinggang dan sakit tulang belakang dan juga sakit bahagian pelvic? Nak tau apa sebab dan apa penawarnya? Tentulah kita ingat masalah begitu adalah penyakit biasa yang kita alami, tentulah kita ingat ianya berpunca dari kurang penjagaan dalam pemakanan, tidak menjaga kesihatan dan pelbagai masalah yang kita tidak tau puncanya.  Kalau Seri Wangi bagi tahu bahawa masalah-masalah di atas adalah berpunca dari kurang penjagaan kesihatan kaki, adakah anda percaya? 



Sememang kita sentiasa lebih dalam penjagaan diri,  menitikberatkan kacantikan wajah, kesihatan badan dan penjagaan rambut namun kita kurang menitikberatkan pada kesihatan kaki...betul tak? Macam Seri Wangi sendiri langsung tak kisah pasal kesihatan kaki, janji asalkan kaki kita boleh berjalan sudahlah....! Tapi....bila sudah berusia dan kita sedikit demi sedikit mengalamai berbagai penyakit termasuklah masalah-masalah Seri Wangi ceritakan tadi! Oh...dah tua biasalah tukan? Seri Wangi dah mula merasai kesakitan seperti sakit lutut, sakit pinggang dan kadang-kala sakit bahagian pelvic. Itupun Seri Wangi masih tidak tahu punca-punca genjala yang kita alami dan mula mengambil ubat-ubatan untuk menghilangkan kesakitan tersebut. Boleh hilang tak?Hmmm...sekejap jer lepas tu sakit datang balikkan?


TALK SHOW DI SUNFEET INTERNATIONAL
REHAB CENTRE



Kini Seri Wangi mula sedar bahawa kita perlu memberi perhatian untuk menjaga kesihatan kaki kita sewaktu Seri Wangi menyertai rancangan Talk Show 'Kesihatan Kaki Anda' oleh Dato Dr Edmund Lee, Pakar Ortotik & Prostetik ternama di Asia dan Dr Liyana Dhamirah Aminuddin, Pakar Perubatan di Sunfeet International Rehabilitation Centre, PJ. Mendegar penerangan dari Dato Dr Edmund Lee telah menyedarkan kita bahawa kaki kita adalah merupakan organ terpenting dalam tubuh manusia tanpanya kita tidak akan dapat berjalan, berlari dan bergerak dan jangan tidak tahu dalam 5 orang dewasa terdapat 4 orang darinya yang mempunyai masalah kesakitan kaki kerana kebanyakannya mempunyai masalah tapak kaki rata (flat feet) yang mana boleh mendatangkan pelbagai masalah berbanding mempunyai kaki melengkung (normal). 

Kalau nak tahu kita mesti peduli dengan kanak-kanak usia 1 hingg 4 tahun yang sememangnya mempunyai tapak kaki rata, apabila usia meningkat 5 hingga 15 tahun, kita mesti mengambil berat akan pembentukan kaki mereka agar berbentuk melengkung dengan pemakaian kasut yang sesuai kerana dalam usia ini postor senang terbentuk tetapi apabila usia sudah melebihi 15 tahun ke atas pembentukan tumbesar akan terhenti. Namun begitu kita masih boleh memulihkan keadaan tersebut dengan memakai kasut yang dikhaskan untuk yang mempunyai Flat Feet.



\

KAKI NORMAL




FLAT FEET


Seseorang yang memiliki kaki normal adalah dikatakan sihat kerana mempunyai tapak kaki melengkung dan tidak menghadapi masalah untuk berjalan dan mampu mengimbangkan tubuh badan. Lain pula dengan orang yang mempunyai tapak kaki rata (Flat Feet) yang biasanya menghadapi kesakitan pada tumit, lutut dan tulang belakang namun boleh dirawat dengan berjumpa pakar.

MASALAH FLAT FEET

Haaa...Kaki Seri Wangi yang Tak Normal

Seri Wangi pun mempunyai masalah Flat Feet (Low) semasa buat scan kaki (free jer) nampaknya Seri Wangi pun kena minta khidmat nasihat dari Dato Dr Edmund. Masalah bagi orang yang mempunyai Flat Feet akan menghadapi masalah sakit tumit kaki, sakit lutut, sakit pinggang, sakit tulang belakang dan pelvic. Rupa-rupanya sakit yang disebut tu Seri Wangi baru menghadapinya apatah lagi bi;a kita sudah berusia di mana Seri Wangi kena sakit lutu yang amat sangat hingga tidak boleh berjalan dan terpaksa mengambil injection, sakit pinggang namun tidak berapa serius jadi bila mendapat penerangan kesan-kesan yang kita hadapi jika mempunyai Flat Feet maka Seri Wangi mulai dari sekarang akan menjaga kebersihan kaki, memilih kasut yang sesuai dengan kaki kita, jangan memakai kasut lembut, rata yang boleh dilipat kerana ianya boleh menambahkan lagi genjala kesakitan pada kaki. Cara terbaik kenalah Seri Wangi mendapatkan Orthotics Insole untuk memulih dan membetulkan kembali postur kaki agar kembali normal dan biasanya setiap hari kita perlu memakainya dalam 4/5 jam.




Penyebab kita yang mempunyai tapak kaki rata (Flat Feet) adalah kebanyakan orang Asia sering berkaki ayam, memakai sandal yang boleh dilipat atau memakai selipar, penggunaan kasut yang tidak sesuai dengan kaki kita dan kurang menjaga kesihatan kaki yang menyebabkan pelbagai penyakit. Nasihat Dr Edmund Lee dan Dr. Liyana dalam penjagaan kebersihan kaki, beliau menyarankan agar stokin ditukar sehari sekali, basuh dengan air panas agar bakteria tidak merebak serta jangan sekali-kali berkongsi stokin dengan orang lain yang berkemungkinan mempunyai bacteria atau kulat. Bagi wanita yang suka bergaya dan memakai kasut bertumit tinggi, dinasihatkan jangan memakainya melebihi 5 jam bagi mengelakkan dari sakit pinggang dan tulang belakang. Paling penting penggunaan kasut yang mempunyai tapak yang boleh dilipat dua, walaupun ianya seperti selesa namun begitu sebenarnya ianya tidak bagus untuk kaki kita.

RAWATAN KAKI DI SUNFFET INTERNATIONAL
 REHAB CENTRE


Di Sunfeet International Rehab Centre kita dapat diberi peluang percuma untuk scanning kaki bagi mengetahui kedudukan kaki kita sama ada Normal atau Flat macam kaki Seri Wangi yang mempunyai kaki jenis Low kiri kanan dan tidak normal. Setelah dibuat scanning kita akan diberi penerangan terperinci apa tindakan yang perlu dibuat. Bagi yang menghadapi masalah kaki unnormal boleh datang ke Sunfeet International Rehab Centre berjumpa dengan Dato Dr Edmund Lee, Pakar Ortotik & Prostetik untuk membuat rawatan lanjutan dan juga nasihat berkenaan penjagaan kaki. Di sini juga ada dijual pelbagai produk kesihatan untuk kaki seperti kasut-kasut yang sesuai dengan kaki kita, Insole dan produk-produk kesihatan yang berkaitan dengan kaki.








Untuk maklumat bolehlah hubungi:

Sunfeet International Rehab Centre
Block C, 18 Jalan 19/1, Seksyen 19
46300 Petaling Jaya, Sel.

Tel:  013-5283939/013-9122939

Website:  www.sunfeet.com.my


Instagram:  @Sunfeet


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Thak You For Your Comment