PUAS PUAS PUASA BERSAMA CALIFORNIA RAISINS SEMPENA BULAN RAMADAN - KEUNGGULAN WANITA LIFESTYLE AUTHOR TRAVEL BLOG

Sabtu, 19 Mei 2018

PUAS PUAS PUASA BERSAMA CALIFORNIA RAISINS SEMPENA BULAN RAMADAN

 


CALIFORNIA RAISINS MANIS SECARA SEMULA JADI

Kismis California (California Raisins) sememangnya sudah sinonim kepada kanak-kanak, dewasa dan pengguna kerana Kismis California merupakan makanan snek yang berkhasiat, sihat dan lazat.  Ianya makanan snek yang kaya dengan nutrien di mana cara memprosesnya dikeringkan di bawah pancaran sinar matahari di California, ianya manis semula jadi, mengandungi pelbagai khasiat kebaikan dan mengekalkan gaya hidup sihat.


Sempena di Bulan Ramadan dan Sambutan Hari Ibu, pihak Raisins Administration Committee (RAC) Amerika Syarikat memaparkan khasiat kebaikan dan keserbagunaan Kismis California sebagai menyambut ketibaan bulan Ramadan tentang kebaikan Kismis California dengan idea resepi yang mudah untuk hidangan sahur dan berbuka puasa.  Dengan itu Seri Wangi berpeluang menghadiri acara untuk media bertemakan "Puas Puas Puasa" di Hotel Royale Chulan Kuala Lumpur pada 14 May 2018.


CONTEST MENGHIAS CUPCAKE/COOKIES



Puas Puas Puasa California Raisins juga mengadakan contest menghias Cupcake/cookies paling kreatif dengan menggunakan bahan utamanya adalah Kismis California. Seri Wangi pun joint sekali dengan kawan-kawan blogger lain, menang atau kalah belakang kira. Enjoy betul dapat hias menghias cupcake/cookies yang disediakan, semua bahan-bahan diberi dan kita cuma menghias ikut sekreatif mana kita menghiasnya dan paling cantik juga....pandai ke?Haaa....bab ni Seri Wangi bukanlah terror sangat...hentamlah Labu...! Capai jerlah mana yang ada di depan mata asalkan siap...lagi gabra bila masa yang diberikan dah nak tamat...!



 Cupcake "Happy Love"

Dah selesai bab hias cupcake, bila Seri Wangi tengok cupcake masing-masing yang disusun untuk pihak pengadil bagi markah, semuanya cantik-cantik belaka..Seri Wangi yang paling simple agaknya. Haaa...tak kisah tapi seronok dapat menghias kek ni, dah lama tangan ni tak menghias kek.





KATA-KATA ALUAN 


Pengarah Promosi Perdagangan RAC bagi Asia Tenggara, Encik Richard Lieu, berkata bahawa bagi kebanyakan pengguna, terutamanya kanak-kanak, Kismis California sangat sesuai dijadikan snek yang sihat dan berkhasiat memandangkan ianya manis secra semula jadi dan mengandungi sebarang gula tambahan  berbanding makanan snek lain. Ianya juga boleh disajikan dalam masakan, minuman dan juga dalam sajian pencuci mulut. Selain itu Kismis California sangat sesuai ketika bersahur atau berbuka puasa kerana ianya bukan sahaja sedia dimakan begitu sahaja dan juga senang dibawa ke mana-mana disebabkan Kismis California yang dipek dalam kotak kecil sangat mudah disimpan dalam beg tangan, beg bimbit, bekal makanan untuk sarapan pagi dan tengahari.


Kismis California bukan sekadar membuka selera tetapi juga merupakan sumber pemakanan yang sesuai untuk digunakan dalam sajian makanan memandangkan isu kesihatan yang semakin meningkat seperti diabetes. Pakar diet bertauliah daripada Hospital Pakar KPJ Damansara, Adibah Rushda Ismail, menerangkan beberapa cara menjaga kesihatan sepanjang bulan Ramadan. Beliau menjelaskan bahawa Kismis California dapat menambah tenaga, membekalkan pelbagai nutrien untuk mencergaskan badan sepanjang bulan Ramadan.

Adibah Rushda Ismail-Pakar Diet

Kelebihan Kismis California

> Semulajadi sepenuhnya
> Manis semula jadi dan tidak mengandungi gula tambahan
> Tidak mengandungi lemak dan kolesterol dan rendah natrium(garam)secara semula jadi
> Sumber kalium (elektrolit penting yang membantu fungsi otot, kardiovaskular dan sistem saraf)
> Sumber Saraf
> Diketahui mengandungi fitonutrien yang menyekat pertumbuhan bakteria dalam mulut yang dikaitkan dengan kaviti dan penyakit gusi.

DEMONSTRASI MASAKAN



Seri Wangi gembira apabila dapat bertemu TV Host Popular iaitu Nur Affizza Azmi membuat demonstrasi masakan iaitu menyediakan 3 jenis resepi yang mudah, cepat dan berkhasiat untuk ibu-ibu yang bekerja dalam menyediakan masakan untuk juadah berbuka puasa dengan bahan utamanya ialah Kismis California. Beliau juga sudi memberi tip-tip dan petua dalam menyediakan masakan untuk berbuka puasa.



PEMENANG PUAS PUAS PUASA CREATION
CUPCAKE PALING KREATIF

3 Pemenang Cupcake Paling Kreatif

HADIAH TOP  3 BEST PUAS PUAS CREATION

Grand Prize =  RM600 cash
1st Runner Up = RM300 cash 

2nd Runner Up = RM150 cash


Juara Cupcake Paling Kreatif

Bersama Pemenang Utama - Racheal Loh


Untuk maklumat lanjut

WEBSITE : CALIFORNIA RAISINS

FACEBOOK:  CALIFORNIA RAISINS  

12 ulasan:

  1. bestkan dpt peluang cam ni. nnt kalau berkesempatan kita join sama sama ye

    BalasPadam
  2. Wow~.. syok nya dapat berbuka puasa bersama california raisins ni.. nampak nya so nice.. event ni... congratulations to all the winners!

    BalasPadam
  3. I simply love raisins. And the ones California ones are huge! Great for eating on it's own too. And adding into cooking. Well done to the winners!

    BalasPadam
  4. la kak limah tak menang ke? best tuh hadiahnya kan. jeles kite lah

    BalasPadam
  5. Wow im a huge fan of California Raisins. I remember my Mom used to buy these for us for our snacks :)

    BalasPadam
  6. Lama tak makan kismis , patutla makin pelupa , tp xprnah lagi makan yg brand California ni , tq for sharing yaa

    BalasPadam
  7. Rugi betul tak dapat join, sepatutnya join tapi clash pulak dengan event lain. Kalau kita gi sure kita menang...hahaha tak lah, joking je..:D. Apa2 pun..keberanian tu yg best tu..buat je kan

    BalasPadam
  8. Raisin is my facvorite sejak kecil. I always have raisin in my freezer, haha

    BalasPadam
  9. I love raisins, particularly California raisins. Congrats to Racheal Loh for her winning creation!

    BalasPadam
  10. ibu bonda memang menggunakan jenama ini untuk buat kek kukus setiap kali hari raya....kismisnya memang sedap dimakan begitu sahaja...kami adik beradik mesti curi-curi makan kismis tiap kali ibu buat kek kukus..

    BalasPadam
  11. California raisin is my favorite since young! Congrats Rachel menang grand prize for cupcake hiasan =)

    BalasPadam

Thak You For Your Comment