POTENSI AGRO PELANCONGAN @ BAGAN DATUK, PERAK - KEUNGGULAN WANITA

NUFFNANG

DS NUFFNANG

Rabu, 4 April 2018

POTENSI AGRO PELANCONGAN @ BAGAN DATUK, PERAK



'SEMBANG SANTAI BERSAMA TPM'

Seri Wangi buat pertama kalinya menyertai Program Road to Agro Tourism Siri ke 5 Edisi Khas Bagan Datuk, Perak. Program tersebut adalah anjuran Majlis Pelancongan Malaysia (MTC)  dengan kerjasama Lembaga Pertubuhan Peladang, FAMA, MARDI, Pertubuhan Peladang Kawasan Hutan Melintang, Kraftangan Perak dan Persatuan Homestay Bagan Datuk, Perak. Tujuan program ini diadakan adalah untuk mempromosikan destinasi menarik agro pelancongan domestik di Bagan Datuk, Perak.


Majlis Pelancongan Malaysia (MTC) di dalam Program Road to Agro Tourism Siri ke 5 Edisi Khas Bagan Datuk kali ini membawakan acara khas iaitu Sembang Santai bersama YAB Dato' Seri Ahmad Zahid Hamidi , Timbalan Perdana Menteri (TPM).  Sembang Santai ini membawa topik "Industri Kelapa di Bagan Datuk dan Agro Pelancongan Berasaskan Kelapa" di mana ianya bertujuan membincangkan mengenai sejauh mana hala tuju industri Pelancongan Agro berasakan kelapa di Bagan Datuk, Perak.  Program Road to Agro Tourism Siri ke 5 ini juga bertujuan memberi pengetahuan dan pendedahan kepada pengeusaha-pengusaha industri berkenaan promosi-promosi yang boleh dilakukan untuk menggalakkan pelancong datang ke Bagan Datuk, Perak selain Pelancongan Agro di Zon Selatan, Tengah, Wilayah Persekutuan dan Utara Tanahair. 






Program Road to Agro Tourism anjuran MTC ini membuktikan bahawa industri Pelancongan Agro mampu menjadi tunjang kepada Sektor Agro Pelancongan Negara dan MTC mengambil peluang bagi mempromosikan Bagan Datuk sebagai satu destinasi baru pelancongan, meneroka destinasi dan produk baru pelancongan di Bagan Datuk dan juga menjalinkan perhubungan antara pihak industri, pihak berkuasa dan dan penduduk tempatan, mewujudkan jaringan pelancongan di Bagan Datuk, menyuntik semangat pelancongan kepada warga Bagan Datuk, menjadikan Kelapa sebagai satu produk Ikon Pelancongan Bagan Datuk, menghebahkan maklumat pembangunan & perancangan serta mencadangkan destinasi 'BAGAN DATUK' dimasukkan dalam kalendar Tahun Melawat Malaysia 2020.


Malaysia Inbound Travel Association (MITA) turut mengambil kesempatan untuk menganjurkan acara Tourism Day di Bagan Datuk dan turut diadakan Mini Pameran di PPK Hutan Melintang bagi mempromosikan produk hasilan industri berasaskan Kelapa. Seramai 400 pengunjung dari kawasan sekitar Bagan Datuk hadir untuk bersama-sama menjayakan acara ini. Di samping itu, acara Tourism Day juga memberi peluang kepada kira-kira 30 usahawan-usahawan sekitar Bagan Datuk mempromosikan produk-produk makanan dan kraf hasilan Kelapa kepada orang ramai. Dengan Program Road to Agro Tourism ini, Majlis Pelancongan Malaysia (MTC) yakin Bagan Datuk akan menjadi satu daerah pelancongan yang terkenal dengan keunikannya di Pantai Barat Semenanjung dalam tempoh 5 tahun mendatang.











3 ulasan:

  1. Banyak aktiviti yg boleh dibuat kat sana..rindu pulak nk balik kg😀

    BalasPadam
  2. wahhh tahniah kak dapat pelung join program ini

    BalasPadam
  3. Best kak halimah g bagan datok ye.. banyak juga aktiviti kat sana..

    BalasPadam

Thak You For Your Comment