LHDNM PROGRAM - CREATING AWARENESE, SHARING NATION'S PROSPERITY - KEUNGGULAN WANITA

NUFFNANG

A DS NUFFNANG

Jumaat, 16 Februari 2018

LHDNM PROGRAM - CREATING AWARENESE, SHARING NATION'S PROSPERITY



MANFAAT CUKAI UNTUK SEMUA

Program Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) kali ini merupakan program "Creating Awareness, Sharing Nation's Prosperity" dimana ianya adalah program berterusan dalam mendekati pembayar cukai dan juga untuk memberi kesedaran mengenai kepentingan cukai pendapatan kepada pembangunan Negara. Program ini adalah atas usahama antara LHDNM dengan pihak pengurusan Projek Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) yang telah membenarkan LHDNM menggunakan Kawasan Rehat dan Rawat (R&R) sebagai program kesedaran cukai. 



Jadi...Seri Wangi nak ingatkan pada yang bekerja tu jangan lupakan tanggungjawab membayar cukai..jangan buat-buat tak tau plk terutamanya yang bekerja dan bergaji besar dan jangan menyesal bila time nak pencen atau berhenti terpaksa membayar cukai sebelum dapat duit pencen...rasanya semua faham cuma buat-buat tak faham. Jadi janganlah berat mulut, ringankan tangan menalipon tanya status masing-masing. Seri Wangi dan suami dulu pun macam tu jugak, buat-buat tak tau ajer bila kawan-kawan cerita yang tanggungjawab kita membayar cukai pendapatan dan bagi peniaga yang layak juga ada cukai perniagaan. 

Bila Seri Wangi pergi kat Jabatan LHDNM kat jalan Duta...aduhh...tengok memang kena bayar cukai masa tu nasib baik boleh bayar sikit-sikit dengan potongan gaji. Jadi kat sini Seri Wangi ingin memberi kesedaran kewajiban kita membayar cukai, jangan takut, kita boleh pergi  bertanya sama ada kita ni dikenakan cukai atau tidak, tengok pada pendapatan bulanan kita. Lagi pun sekarang dah senang semua boleh dibuat secara online.


Program di Kawasan Rehat dan Rawat



Program "Creating Awareness, Sharing Nation's Prosperity" ni telah dicadangkan oleh YBhg Dato' Sri Sabin bin Samitah, Ketua Pegawai Eksekutif LHDNM. Program ni telahpun dilangsungkan selama 2 hari di 2 lokasi berbeza iaitu pada 13 Feb 2018 di Kawasan "Creating Awareness, Sharing Nation's Prosperity"t Seremban (Arah Selatan) dan 14 Feb 2018 di Kawasan Rehat dan Rawat Tapah (Arah Utara). Kedua-dua tarikh tersebut dipilih kerana ianya bersesuaian dengan jadual perjalanan balik kampung memandangkan kebanyakan pembayar cukai terutamanya kaum Tionghua yang akan balik untuk menyambut perayaan Tahun Baru Cina pada 16hb & 17hb Feb 2018. Oleh itu amat sesuailah ramai kalangan pembayar cukai akan singgah di Kawasan Rehat dan Rawat dan tidak secara langsung mengambil peluang mendapatkan maklumat terperinci mengenai cukai pendapatan serta boleh mendapatkan khidmat nasihat perkara tersebut di kaunter perkhidmatan bergerak yang telah disediakan oleh LHDNM.

"Greet & Meet"

Pendekatan Program

Seri Wangi merasakan bahawa program ini membuktikan LHDNM bukan sahaja merupakan agensi Kerajaan yang mengutip cukai tetapi juga sebuah agensi yang turut prihatin dan 'caring organisation' terhadap masyarakat dengtan cara turun padang ke lokasi-lokasi yang mudah dikunjungi oleh orang ramai. Menjalankan konsep 'Greet & Meet'  dengan pengguna lebuhraya yang singgah di kawasan R&R. 

Dengan membuka Kaunter HASIL4U bagi memudahkan pengguna lebuhraya terutama pembayar cukai mendapat nasihat percukaian secara terus dengan pegawai LHDNM. Mengedarkan 'Goodies Bag' kepada pengunjung yang singgah di kawasan Rehat dan Rawat. Mengadakan Kuiz dengan soalan mudah dan berselfie di kaunter yang ditetapkan untuk mendapat hadiah-hadiah menarik yang telah disediakan.



Pemberian 'Goodies Bag'


Artis-Artis Jemputan

Bagi memeriahkan lagi Program "Creating Awareness, Sharing Nation's, golongan artis turut dijemput bagi membuktikan golongan artis juga turut sama-sama menyokong bahawa cukai adalah merupakan  'Aset Community' yang penting dalam memastikan kesejahteraan Negara. Artis-artis yang terlibat adalah Dato' Fizz Fairuz (Pelakon), Remy Ishak (Pelakon), Elizabeth Tan (Penyanyi) dan Ippo Hafiz (Penyanyi/Pelakon). Untung Seri Wangi pada hari tersebut sebab dapat berselfie dengan mereka walaupun dalam cuaca panas terik mereka tetap memberi komitmen yang terbaik.




Objektif Program

Keseluruhannya Objektif Program ini dapat meningkatkan tahap kesedaran masyarakat tentang kepentingan cukai kepada pembangunan dan kesejahteraan rakyat dan kelestarian Negara di masa hadapan.  Menyedarkan masyarakat untuk terus menyumbang dalam bentuk cukai. Memperkenalkan LHDNM yang berperanan sebagai agensi Pemungut Cukai Negara dan LHDNM bersama-sama masyarakat sepanjang masa terutamanya ketika musim perayaan. Sasaran sepanjang progran tersebut adalah 1,000 pengunjung iaitu pengguna lebuhraya yang merupakan pembayar cukaidan bakal pembayar cukai yang akan didekati dan mendapatkan khidmat perkhidmatan yang ditawarkan oleh LHDNM.


Untuk Maklumat Lanjut Berkenaan LHDNM:







33 ulasan:

  1. Mmg bagus ada program mcm ni. Secara tak langsung meningkatkan lebih kesedaran dikalangan org ramai ttg kepentingan cukai dan tanggungjawab kita sbg rakyat Malaysia untuk menjelaskan cukai.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Memang betul dgn caRA NI DPT MENARIK ORG RAMAI TAHU TENTANG TANGGUNGJAWAB MEMBAYAR CUKAI

      Padam
  2. LDHN ni kalau orang tak tahu ianya adalah platform untuk korang bayar cukai.. mungkin nampak membebankan tapi sebenarnya ianya membantu kerajaan untuk berikan kemudahan kepada rakyat dengan menggunakan duit cukaiyang dikumpul.. huhuh tapi boleh tak kalau cukai ni tak membebankan rakyat, bagi I ianya membebankan esp cukai gst, husband pula bayar cukai pendapatan hehehhehee

    BalasPadam
    Balasan
    1. Haaa...di mana-mana negara pun mmg dikenakan cukai, cuma cara pengurusan jer mungkin lain-lain dan dgn cara itu saja hasil pendapatan kerajaan, tpkn semua org kena byr cukai tgk pada pendapatan masing-masing.

      Padam
  3. Bestnya. Good job LHDN. Inisiatif yang bagus dekati untuk dekati pelanggan ;)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Yer..betul dgn cara ni paling terbaik utk memberi kesedaran dan tanggungjawab kita tetang cukai.

      Padam
  4. Program yang bagus dan patut dikongsi untuk semua agar mereka lebih tahu tentangnya..rakan2 artis pun ada seronok dpt jumpa

    BalasPadam
    Balasan
    1. Program ini bagus utk orang ramai tahu lebih lanjut tentang cukai.

      Padam
  5. memang bagus buat event macam ni at least beri kesedaran kepada masyarakat tentang betapa pentingnya cukai pendapatan utk negara. kalau tak, mesti orang akan kecam sebab dorang tak faham.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Setiap yang bekerja, peniaga memang dikenakan cukai jika ikut kepada pendapatan masing-masing, jadi dgn cara ini dapat memberi penerangan kepada orang ramai.

      Padam
  6. Waah seru ya programnya. Dengan begitu kita juga mudah untuk dapat berinteraksi dengan orang banyak. Keep figthing :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Yup..program ni pasti berjaya menarik orang ramai utk mendapatkan maklumat lanjut berkenaan cukai.

      Padam
  7. Seronoknnya dapat jumpa retis. Nak pergi haritu ada hal lah pulak. Nasib baiklah gaji memang dah tolak siap2. Cuma tahun lepas tak pergi declare! OMG! Tahun ni nak kena ingat sebab ada beli lappy. Tahun ni boleh klaim pembelian telefon bimbit. Kepada yang kaya raya melimpah ruah tu jgn lupa bayar cukai ya. Tak pun sedekah kat i sikit. Hehe.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Haaa....memang pun yang kaya raya tu patut diberi kesedaran utk membayar cukai kepada kerajaan. Best dpt jumpa artis firstly Remy Ishak tp nkn senang nak amik gambar sbb ramai yg escot

      Padam
  8. Balasan
    1. Memang bagus lebih-lebih lg ada artis yang turut serta dlm program macam ni.

      Padam
  9. Bagus diadakan program macam ni bagi kesedaran kepada masyarakat tentang kepentingan membuat potongan cukai.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Memang baguskan?semua negara mmg diwajibkan membayar cukai, jd memang kewajiban kita membayar cukai bg yang layak

      Padam
  10. Tak sabar nak tunggu bulan 3 nak buat e-filing..best akak dpt jumpa ramai retis yg terlibat especially si Remy Ishak tu..SA kerja ikutkan nak join tp mmg x dpt la..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Haaa...program mcm ini bagus sebab bukan semua org faham tentang pembayaran cukai dan cara nak bayar.

      Padam
  11. Bestnya akak bersama rakan media membuat hebahan keatas cukai pendapatan dan kepada yang diluar sana jangan lupa jlnkan tanggungjawab anda

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tanggungjawab bersama utk membayar cukai kpd kerajaan.

      Padam
  12. Bagus program yang deorang anjurkan ni. Tak semua orang tahu LHDN tu untuk apa, bila deorang turun padang kan senang.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ye betul ramai lg yang masih blur tentang kewajipan membayar cukai dan siapa yang wajib membayar cukai jd dgn program mcm dapat memberi maklumat utk mereka tahu ttg LHDNM

      Padam
  13. wah menarik betul, bagus untuk dikongsi. ramai juga artis2 popular terlibat ya. Tahniah buat LHDN untuk kempen ini

    BalasPadam
    Balasan
    1. Dgn cara ini dan juga penglibatan artis dpt lg menarik orang ramai mendapat maklumat tentang LHDNM

      Padam
  14. Bgs sgt program mcm ni. Smg berterusan

    BalasPadam
    Balasan
    1. Program LHDNM dapat memberi kesedaran kpd orang ramai kewajipan masing-masing utk membayar cukai kpd Kerajaan.

      Padam
  15. Manfaat cukai untuk Negara...

    BalasPadam
  16. Tertiba nampak muka Fizz Fairuz terus teringat dekat lakonan dia dalam drama kekasih paksa rela...

    Opsss.... Now LHDN rajin terjah blogger.. ok bye

    BalasPadam

Thak You For Your Comment