ASYIKIN EXCLUSIVE BERSAMA SHILA AMZAH KOLOBRASI FESYEN MUSLIMAH - KEUNGGULAN WANITA

NUFFNANG

A DS NUFFNANG

Rabu, 21 Februari 2018

ASYIKIN EXCLUSIVE BERSAMA SHILA AMZAH KOLOBRASI FESYEN MUSLIMAH



MEET & GREET

Seri Wangi berkesempatan hadir di Majlis 'Greet & Meet' bersama Shila Amzah di Butik Asyikin Exclusive, Setapak Central Mall. Ketika ini Shila Amzah dalam alam pertunangan dengan Haris Idraki Elias pada November lalu. Walaupun Shila Amzah sibuk dengan urusan perkahwinan dan single terbaru serta konsert yang akan diadakan hujung tahun ini, namun begitu Shila Amzah mempunyai minat dalam bidang perniagaan. Terbaru Shila Amzah tealah bekerjasama dengan Nur Asyikin Rahmat, pengasas rangkaian fesyen Muslimah Kontemporari iaitu ASYIKIN EXCLUSIVE selama setahun.


Menurut Puan Asyikin kolobrasi pertama bersama Shila Amzah sebagai rakan niaga strategik untuk mempromosikan koleksi terbaru butiknya yang terkenal dengan Shawl dan Blouse. Dia turut menyatakan betapa dia berasa selesa bekerjasama dengan Shila memandangkan artis itu seorang yang bersikap positif yang ditunjukkan dan itulah kali pertama dia bekerjasama dengan Shila Amzah yang sangat komited dan memberi komitmen sangat bagus dalam mempermosikan jenama Asyikin Exclusive. Selain itu selebriti mempunyai kesungguhan dalam berniaga dan platform ini sudah pasti dapat menjadi pemangkin kepada mereka untuk terus memajukan diri.





 







'AKTIVITI 'MEET & GREET' BERSAMA SHILA AMZAH






Pada majlis 'Meet & Greet' bersama Shila Amzah petang itu, dapat mendekatkan beliau dengan peminatnya yang datang membeli-belah di butiknya sekaligus mengukuhkan lagi silaratulrahim antara mereka selain memperkenalkan koleksi tudung terbaru Asyikin Exclusive. Seri Wangi kagum betapa ramainya peminat Shila yang rata-rata datang dari Negeri Cina yang kebanyakannya adalah Cina Muslim. Koleksi Asyikin Exclusive juga boleh didapati di Melaka iaitu Kota Fesyen Air Keroh dan Pusat Membeli-belah Mahkota Parade. Lebih memeriahkan lagi majlis bila Shila Amzah turut menyambahkan nyanyian dalam bahasa Mandarin dan jangan tak tau Puan Asyikin sendiri fasih berbahasa Cina dan suaminya juga adalah berbangsa Cina Muslim. Masing-masing diberi peluang untuk bergambar bersama Shila Amzah. Puteri Sarah juga turut hadir untuk memeriahkan majlis petang itu.






Selain itu majlis bertambah meriah apabila Puan Asyikin mempekenalkan Nurul Awen Seindah Wajah untuk menujukkan demo makeup ringkas yang paling simple dalam masa 15 minit dan ianya mendapat sambutan dari para hadirin yang ramai datang untuk melihat Shila Amzah apatah lagi bila demo tersebut diselang-seli dengan celoteh Puan Asyikin dan suaminya Encik Ishak Ismail dalam Bahasa Cina.

PERTEMUAN KHAS BERSAMA BLOGGER




Setelah selesai acara di Butik Asyikin, kamu semua dibawa ke kolam renang untuk bertemu secara lebih dekat bersama Shila Amzah untuk menemu ramah beliau dengan pelbagai soalan dan juga bergambar dengannya pada petang itu. Seri Wangi amat gembira akhirnya dapat juga berpeluang berbual dan bergambar dengannya yang peramah dan suka berjenaka, begitu juga dengan blogger-blogger lain yang tidak melepaskan peluang bergambar dengannya.

Untuk maklumat lanjut Butik Asyikin Exclusive



29 ulasan:

  1. Wahhh bestnya! Dapat jumpa Shila Amzah, puteri Sarah. Tapi blouse ia tu cantik juga

    BalasPadam
    Balasan
    1. Bestkan?Shila amzah dan Puteri Sarah friendly orangnya

      Padam
  2. Butik Asyikin Exclusive ni dekat Setapak Sentral je.. dekat la dengan rumah TB.. Cantik-cantik kan design dari butik ni? syoknya kalau dapat jumpa Shila Amzah ritu..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Memang cantik2 baju dia..jgn risau utk big saiz pun ada

      Padam
  3. Boleh buat stock baju raya ni. Cantik koleksi dia. Sebab tu Shila pun boleh jadi duta dia.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Haa..cantik2 baju dia utk raya pun dah boleh shopping siap2

      Padam
  4. Balasan
    1. Ishh..memang aktif, dia byk habis kat Negeri China, tak lama lagi akan ada album baru dan pasaran Baju Muslimah Asyikin di Negara Cina

      Padam
  5. Banyak betul baju2 yang cantik..wah seronok nampak Kak Limah dapat jumpa artis..nak terjah media sosial diorang la...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Haaa...memang best dapat bertemu empat mata dgn Shila Amzah dan Puteri Sarah yang ada anak comel, baik betul perangai anak dia diam saja

      Padam
  6. Cantik-cantik baju tu. Bestnya dapat meet & great Shila Amzah. Kalau ada rezeki, boleh beli blouse tu

    BalasPadam
    Balasan
    1. Eyqa datang jer di Butik Asyikin di Setapak

      Padam
  7. The clothes at the boutique looks elegant for Muslims. Definitely will recommend my Muslims friends to get their clothes there.

    BalasPadam
  8. rambang mata tengok baju dekat butik asyikin exclusive ni.. semua lawa2 belaka.. seronoklah akak dapat jumpa shila amzah.. cantiknya dia..

    BalasPadam
  9. seronoknya kak limah. Btw butik asyikin ni bagus la ada pelbagai size . semua tak lepas dalsm dunia fesyen

    BalasPadam
  10. Cantik-cantik jugak baju dari asyikin exclusive ni kan. Bestnya dapat bertentang mata dengan shila amzah. Tinggi jugak orangnya kan.

    BalasPadam
  11. Bestnya dapat jumpa shila amzah dll. Macam2 ada dijual disini kira berbaloi juga kalau datang singgah

    BalasPadam
  12. Shila Amzah nampak lebih sihat sekarang ni makin senang hati hidup ada orang sayang dan kerja makin maju kat Cina.

    BalasPadam
  13. Banyaknyaaa koleksi dia...semua nampak ceria dan warna pun menarik! suka sangat tengokkk...

    BalasPadam
  14. Tinggi juga ye shila hamzah ni ye kak.. Collection di butik Asyikin ni cantik la. Berkenan pulak

    BalasPadam
  15. so nice can get to see shila. I remember seeing her in one of the event held in penang 10 years ago and that time she was having her competition at at Autocity.. she was so teenage look that time and now.. she became another level of swan...

    Racheal

    BalasPadam
  16. gambar kecil la kak halimah i tak boleh nak zoom, apa pun tahniah dapat goodie bag dari asyikin mesti pakaian yang menarik kak halimah dapat kan nanti next event boleh lah pakai weee..

    BalasPadam
  17. Bertuahnya kita dapat berjumpa Shila Amzah kan..cantik orang nya macam muka mak dia sebijik.
    Baju2 Asyikin Exclusive pun cantik2 kan...nanti nak sambar lagi satu..hehehe

    BalasPadam
  18. Makin comel Shila Amzah... Lama tak jumpa dia.. last masa dia darjah 6 dulu... lama dah kan ;)

    BalasPadam
  19. SO great to c shila amzah... Nice collection in the butik!

    BalasPadam
  20. Tahniah... Besstnye kan dapat bertemu dengan Shila Amzah... Boleh belajar Bahasa Mandarin dengan die tuh...hehehe..

    BalasPadam
  21. That's a great collaborations and wish both of them all the best. I saw they good many beautiful blouses also.

    BalasPadam
  22. bestnyer dpt jumpa Shila Amzah...

    BalasPadam
  23. wah
    lawa2 koleksi koloborasi nih

    BalasPadam

Thak You For Your Comment