METAL LEGEND LIVE IN CONCERT - XPDC DAN CROMOK GEGAR MAEPS - KEUNGGULAN WANITA

NUFFNANG

DS NUFFNANG

Isnin, 29 Januari 2018

METAL LEGEND LIVE IN CONCERT - XPDC DAN CROMOK GEGAR MAEPS





XPDC & CROMOK LIVE IN CONCERT

Wahh...Peminat-peminat Rock pastinya tidak sabar-sabar menantikan kemunculan semula Band Heavy Metal ni buat persembahanakn? Kaki metal mana yang tak mau tengok persembahan dia orang?Rugilah beb...kalau peminat XPDC dan Cromok tak mau ke Live Concert dia orang...pasti menyengat habis dan dinanti-nanti oleh peminat kedua-dua band ni.

Bila dan di mana?


Nak tau juga ke? Pasti peminat terujakan dan tidak sabar-sabar nak tengok aksi Live Band Heavy Metal Popular XPDC dan Cromok pada 03 Fen 2018 jam 8.30 malam di MAEPS, Serdang. Kalau masih ingat yang kaki-kaki metal tu, XPDC dianggotai oleh Mael (vokolis), Zuar (base), Amy (dram) dan Jeff (gitar) dan.....akan berentap buat pertama kali dengan Cromok yang dianggotai oleh Sam (vokalis, bass), Karl (gitar) dan Miji (dram) pasti bergegar  MAEPs nantikan?




Cromok pula mengharapkan konsert  dapat mengembirakan dan menghiburkan peminat mereka. Kali terakhir Cromok terbabit dalam konsert nerskala besar ialah ketika reunion 25 tahun Cromok Thrashing Kuala Lumpur di KL Live pada tahun 2012 dan setahun kemudian mereka diundang pula sebagai 'Opening Act' bagi Konsert Metallica Live in Malaysia di Stadium Merdeka, Kuala Lumpur pada tahun 2013.


"Sudah lama kami tidak beraksi di pentas konsert. Kami berharap konsert ini bukan sahaja mengubat kerinduan peminat, tetapi dapat membawa mereka mengimbas kembali kenangan bersama Cromok" kata Karl. Apa yang menariknya, Cromok juga bakal membawa seorang tetamu khas dari Australia untuk menyaksikan konsert tersebut. Tetamu tersebut adalah Danny Kaleda yang juga pengurus asal Cromok ketika diawal penubuhan mereka di Australia dulu. Danny adalah individu penting yang banyak membantu kromok sehinggalah majalah Hot Metal Megazine Australia menganugerahkan mereka 'The Best Heavy Metal Band' di Sydney pada tahun 1990. Danny juga adalah pengasas label Vampire Records di Australia dan memiliki stesen radio sendiri.



Sementara itu, Pengurus Operasi JMP Production Sdn Bhd Faezatul Asykin Anuar yang juga wakil penganjur berkata, penonton juga berpeluang memenangi hadiah Gitar Ibanez GRX70QA tajaan Joe Sayang Gamma Rock House menerusi cabutan bertuah. "Selain itu penonton juga berpeluang mendapatkan barangan cenderahati Cromok dan XPDC seperti Kemeja-T, CD, VCD, Pick Gitar dan Poster," katanya

Menurut Faezatul, persembahan busking juga akan diadakan di tapak konsert bermula jam 12 tengah hari hingga 7 malam. Penganjur juga berharap penonton dapat menjaga etika dan disiplin supaya konsert dapat berjalan dengan lancar. "Konsert juga akan dirakam sepenuhnya oleh penganjur. Jadi, segala bentuk rakaman 'Live' daripada penonton menggunakan kamera DSLR, kamera digital dan drone adalah dilarang sama sekali," katanya.

CARA DAPATKAN TIKET KONSERT

Peminat yang ingin mendapatkan tiket bolehlah dapatkan dengan melayari laman web:


dengan harga bermula

RM 68 - Thrash Zone
RM120 - Hardcore Zone
RM250 - Vip & Backstage zone

Tiket juga boleh didapati 

XPDC Kita Peng Yu Shop
(Uptown Kota Damansara)

XPDC Bundle & Alteration Jeans
(Kajang)

FOTO SEPAJANG PRESS CONFERENCE










27 ulasan:

  1. KOnsert 2 lagenda yang bakal menggegarkan pentas Sabtu malam ini. Sama-sama kita saksikan

    BalasPadam
  2. legends in malaysia.. for fans, it's definitely a MUST watch!

    BalasPadam
  3. good sharing and info from your blog. will come to visit often :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hi..thank you verymuch you always welcome

      Padam
  4. I remember listening to XPDC and Cromok when I was in secondary school. Yeah, I was a rock chick! That's such a long time ago. Attending this concert would be nostalgic.

    BalasPadam
  5. Percaya tak. Aku tak pernah attend concert pun! Nampak best

    BalasPadam
    Balasan
    1. Haaa....org busy mmg tak ada masa nak pg concert termasuklah akak...haaa

      Padam
  6. Dulu kecik2 memang dengar lagu XPDC..haha..bestnya if dapat join konsert ni

    BalasPadam
    Balasan
    1. Jom...blh beli tiket dari skrg itupun kalau ada lg

      Padam
  7. Ini nampak menarik. Sudah lama saya tak pergi tengok live concert.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Yelah...dah lama xda live concert macam ni lg kan?

      Padam
  8. ni dah kira comeback ni ya kak. membangkit nostalgia ni..hehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Haaa...zaman rock kapak...bdk2 muda kaki rock mmg suka konsert mcm ni

      Padam
  9. kumpulan dia hebat2..siapa tak suka dengan xpdc dan cromok..mesti gempak

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul tu...kump rock yg hebat dan masih hot..

      Padam
  10. This is such a great post. Good know about the XPDC group. I haven't tried listening of their music. I will definitely check this out.

    BalasPadam
    Balasan
    1. They are very good rockers and good music's rock

      Padam
  11. Congrats for this event. Will you be attending their concert? :)

    BalasPadam
  12. Woww legend tu! mesti gempak..ciktie suka. siapa peminat xpdc dan cromok tu jangan lepaskan peluang ni untuk sama-sama menyaksikan konsept diorang ni. Dah lama tak tengok konsept

    BalasPadam
    Balasan
    1. Mesti gempak habis tentu peminat dia xsabar nak tunggu konsert rock

      Padam
  13. Bestnya la for all the fans! Although I am not a fan but definitely a new experience to attend their concert.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Yes best for their fan to attend their concert

      Padam
  14. This is really cool. To bad I can't attend. This group has been heard since I was little girl

    Racheal

    BalasPadam

Thak You For Your Comment