REVIEW LEXIS HIBISCUS PORT DICKSON - PERCUTIAN TERBAIK BERSAMA KELUARGA - KEUNGGULAN WANITA

NUFFNANG

A DS NUFFNANG

Rabu, 22 November 2017

REVIEW LEXIS HIBISCUS PORT DICKSON - PERCUTIAN TERBAIK BERSAMA KELUARGA




Seri Wangi dah lama mengidam nak bercuti di tempat mewah di Lexis Hibiscus ni...dulu berangan-angan tengok dalam TV hotel yang tercantik di Malaysia berbentuk Bunga Raya (Hibiscus) dan akhirnya termakbul angan-angan Seri Wangi, Allah swt telah makbul angan-angan Seri Wangi. Janganlah pulak sangka yang Seri Wangi ni berduit orangnya dan hidup mewah.....inikan semuanya rezeki ...dapat harga yang mampu dibeli...untuk 2 hari 1 malam pun cukuplah bagi Seri Wangi dapat merasainya bercuti bersama family walaupun ada yang tidak dapat ikut. Ini personal review dari Seri Wangi tau...no sponsor...kalaulah @lexishibiscusportdickson nak sponsor lagilah besttt....haaaa....jangan nak beranganlah...!!







Kalau nak tau untuk check-in di hotel Lexis Hibiscus adalah jam 4,00 pm, Seri Wangi tiba ti Port Dickson lewat sedikit kerana sepanjang perjalanan Kuala Lumpur jalam jem terutamanya di Nilai, Negeri Sembilan dengan hujang lebat dan membuatkan perjalanan slow like kura-kura, kami sampai dalam pukul 5.30, anak Seri Wangi bersama isteri jalan kemudian lagilah lambat sampai sama juga jalan jem. Sampai check-in kena bayar deposit RM300.....fulamak mahalkan?nasib baik anak manja Seri Wangi memang dah siap spare duit untuk deposit tu...lepas daftar pihak hotel bagi goodies. Habis daftar kena tunggu kereta buggy pulak untuk ke bilik masing-masing, bilik penginapan kami dekat dengan Light House, memang cantik suasana waktu malam.


Driver buggy tu bawak kami round dulu sebelum sampai ke bilik kami, memang kena naik kereta buggy tu kalau nak jalan jauh sebab bilik kami di tengah-tengah kelopak bunga. Haaaa...lupalah pulak nak posing depan pintu bilik,,,ini dia bilik penginapan kami...hati berbunga-bunga happy sangat, firstly cik abang yang mula-mula taknak ikut...bila dah masuk bilik Premium Pool Villa ni...katanya tahun depan nak datang lagi....



PREMIUM POOL VILLA



Wah....happy sangat bila melangkah masuk ke dalam Bilik Premium Pool Villa -  Lexis Hibiscus Port Dickson, Seri Wangi terus terjah ke belakang mencari Swimming Pool, kat belakang ada bilik Sauna pulak. Nasib baiklah cuaca di Port Dickson petang tu cantik...angin sepoi-sepoi yelah tepi lautkan...? Sementara tunggu anak menantu sampai..Seri Wangi dah berendam dalam Swimming Pool dengan anak bujang Seri Wangi...cik abang pula malas nak mandi, dia lebih suka lepak-lepak jer...sambil minum kopi O. Bila cucu Seri Wangi sampai, dia pun terus nak terjah kat kolam renang...budak-budak memanglah suka main air.



Bila waktu malam Seri Wangi makan angin kat luar..jalan-jalan area situ, bilik kami memang dekat dengan Light House tapi taklah pulak Seri Wangi tanya sama ada boleh naik ke atas untuk melihat pemandangan Lexis Hubiscus yang berbentuk Bunga Raya tu. Malam kami keluar makan kat pekan yang berdekatan, tak susah nak cari kedai-kedai makan kawasan penginapan di situ.  Malamnya Seri Wangi dengan anak menantu sambung mandi kat swimming pool and apa lagi Saunalah pulak...esok dah nak balik...



Pemandangan Lexis Hibiscus Hotel waktu malam


Sebenar kalau hari Ahad macam-macam aktiviti yang Seri Wangi lihat pihak hotel Lexis jalankan, kalau rasa nak berbasikal raound satu Lexis Hotel pun boleh dengan dikenakan sewa RM10...dah lama tak naik basikal, bila nampak seorang budak raound pagi tu dengan basikal, Seri Wangi pun saja nak pinjam kononnya nak traylah kayuh....gamaknya sebab dah bertahun tak naik basikal, rasa kekoklah pulak, macam first time nak belajar berkayuh....haaa...dah tua-tua dah lupa agaknya macam mana nak mengayuh basikal sampai nak jatuh...last...posing jerlah amik gambar...!




Kalau uoll nak tau Lexis Hibiscus Port Dickson mempunyai beberapa bilik penginapan lain untuk ditempah selain dari Bilik Premium Pool Villa yang Seri Wangi tempah seperti:


Panorama Pool Villa (Sea View)

Imperial Suite

Premium Pool Villa

Executive Pool Villa

Sky Pool Villa

Panorama Pool Villa (Fountain View)

Royal Suite
Presidential Suite
Hhhmmm....kalau tengok Bilik Penginapannya semua mewah-mewah belaka dan faham-faham jerlah harga yer...! Tapi kalau nak menempah dengan harga murah atau nak dapatkan diskaun kena tunggulah ada promotion dan atau tunggu Event di MATTA Fair. Oklah....nak bagi tahu time check-in pukul 4pm dan check-out pukul 12pm.


Untuk Tempahan dan Info:



Tel:  06-660 2626

#lexishibiscusportdickson  #lexishotels   #premiumpoolvilla   #hotelreview    #travelblogger     #bloggermalaysia  #cuticutimalaysia    #sayangmalaysia  #tourismmalaysia

37 ulasan:

  1. SA orang seremban yang dekat dengan PD pun x pernah bercuti ke Grand Lexis ni kak Limah...nanti nak plan la pi sini..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Haa///biasalah tu, selalunya org jauh yg sibuk nak gi bercutikan,,?

      Padam
  2. Wow kemain kak halimah swkarang macam macam ex pplre the world.. macam best je kan tidur kat hotel ni

    BalasPadam
    Balasan
    1. Haa..Impian dan angan2 dah tercapai nk ke Lexi Hibiscus...harap2 nti ada yg nak sponsor plk!

      Padam
  3. bestnyer...bolehla bawak anak2 cuti sekolah ni...

    BalasPadam
  4. memang syok dan terbaik dapat bercuti ke sini..

    BalasPadam
  5. Cantik betul biliknya, memang padanlah dengan harganya. Bella pun tak pernah sampai lagi. Ada ke yang nak sponsor pegi? Hehehe. Btw, bestlah nampak kat sini.

    BalasPadam
  6. Benci akak kita nak pergi sana juga nak tidor kat sana bestnya cantik tengok bilik tu besar dan ada swimming pool lagi bestnya...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Haaa...jom dtg kat lexis best giler lglah bwk bebudak mandi-amnda swimming dlm bilik penginapan, tak risau pandangan org lain.

      Padam
  7. Haaa...memang syok...lepas habis mandi, blh bersauna plk!

    BalasPadam
  8. Read so many good reviews about this hotel but I have not visit yet, must plan a trip.

    BalasPadam
  9. Lexis hibiscus ni pun wishlist marsha. Tgh cari cari tarikh dengan harga yang berpatutan.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kak pun nanti nk plan lg pg sana tahun depan dgn family kena tunggu promosi heee,,

      Padam
  10. Wow bestnya tempat ni. Ada swimming poll lagi ha. Anak dara ni suka sangat main air. Elok sangat la tu. Nak ke sini nanti kena buat planning dulu. Hihi

    BalasPadam
    Balasan
    1. Haaa...mmg best lgpun kolam renang dalam bilik jd tak risau dgn org lain

      Padam
  11. ramai orang update ni. tak kesampaian nak ke sana. best lah bilik2 dia. pergi dengan famili menarik ni,

    BalasPadam
    Balasan
    1. Memang seronokpg dgn family tahun depan insyaallah pergi lg

      Padam
  12. Tak pernah lagi sampai ke sini. Tengok bilik-biliknya memang nampak menarik. Bercuti dengan keluarga meati menyeronokkan. Terima kasih untuk info ini.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sis pun first time bercuti di sini...mmg best

      Padam
  13. memang best Lexis ni,,pernah sekali je pergi dulu

    BalasPadam
  14. Apa nie kak.. hujung tahun promote tempat nie.. Tak pepasal je dah termasuk dalam list nak bercuti ke sana hujung tahun nie...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Haaa....pegi jer...best tempat dia tau..!

      Padam
  15. I have been there 3 to 4 times due to team building. comfortable stay.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Bestkan...very good place for vication.

      Padam
  16. cantik pemandangan dekt sna .. sya yang duduk peram tengok pon teruja .x sangka malysia ade tmpt yg indah hahaha ..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ye sangat cantik view dia next year nak pg lg

      Padam
  17. wahh cantik nya pemandangan sna .. sya yg duduk kat perak terasa nk pergi je ..x sngka malaysia ade tmpt yg indah ..hihi

    BalasPadam
    Balasan
    1. Haaa...kat Port Dickson ni byk chalet dan hotel yang menarik

      Padam
    2. nnty seri wangi boleh lah suggest tempt yg menarik ..selepas tengok blog2 seri wangi cadang saya dan kawan2 jugk merancang nk pergi tmpt ni .. 😀

      Padam
    3. No Problem byk tempat menarik di Malaysia, like kat Port Dickson pun banyak tempat menarik, just email me or wssap me

      Padam
    4. waw really .. apa email or ws sri wangi .. nnti boleh kita berborak tentang tempt yg menarik .serta harga yg berpatutan

      Padam

Thak You For Your Comment