PRA PELANCARAN PRODUK KECANTIKAN DR LAURANNE MALAYSIA - KEUNGGULAN WANITA

NUFFNANG

DS NUFFNANG

Jumaat, 10 November 2017

PRA PELANCARAN PRODUK KECANTIKAN DR LAURANNE MALAYSIA



Seri Wangi telah hadir ke Majlis Pelancaran Dr Lauranne yang diedarkan di Malaysia di mana kesungguhan seorang usahawan muda tempatan telah berjaya menawan hati Pengusaha Kosmetik tersohor dari Itali iaitu Dr Lauranne untuk membenarkan produk tersebut diedarkan di Malaysia.


En Fahmi Idris 

Pengasas Dr Lauranne Malaysia iaitu En Fahmi Idris berkata bahawa jenama tersebut adalah hasil formulasi dari seorang pakar kecantikan dari Rome, Itali iaitu Dr Anna Laura Lampa yang telah lama di dalam industri kecantikan selama 46 tahun sejak dari tahun 1971 dan kini Dr Anna Laura Lampa berusia 81 tahun, masih aktif membantu membangunkan syarikatnya yang kini diusahakan oleh anak-anak beliau.


En. Fahmi bersama Pengasas Dr Lauranne

En Fahmi mempunyai pengalaman luas dalam urusan import barangan Itali dan negara Eropah yang lain dan ini memberikan kelebihan kepada beliau untuk membawa masuk produk Dr Lauranne yang mrnjadi pilihan profesional seperti doktor, pakar kecantikan dan pemilik Spa terkenal di Eropah. Beliau mulai berminat dengan produk Dr Lauranne apabila bertemu dengan Pengarah Urusannya Dr Gaetano di Singapura pada pertengahan tahun. Dr Gaetano telah bersetuju dengan pembentangan pelan perniagaan beliau untuk pasaran Malaysia dan mewujudkan usahama dengan syarikat En Fahmi.



Walapun Itali sememangnya sinonim dengan produk mewah termasuk jenama kereta seperti Ferrari dan Lamborghini serta pelbagai jenama fesyen yang tersohor di serata dunia, namun produk kecantikkannya tidak begitu dikenali di Malaysia. Kini En Fahmi sedang dalam proses melantik agen-agen produknya di seluruh negara  dan beliau akan melaksanakan kempen promosi secara berperingkat sebelum acara pelancaran secara rasmi diadakan tahun hadapan.




Selain itu En Fahmi juga ingin mendidik pengguna Malaysia supaya memilih produk yang selamat dan diiktiraf seperti produk Dr Lauranne yang perlu melepasi pelbagai syarat kelulusan di Eropah yang lebih ketat berbanding negara lain termasuk Amerika Syarikat. Beliau berkata kini terdapat lambakan pelbagai produk kecantikan di pasaran tempatan namun kebanyakkannya adalah produk yang lebih kurang sama yang dipaket semula menggunakan pelbagai jenama sendiri. Bahan-bahan yang digunakan pula agak meragukan kerana sesetengah bahannya diimport dari negara jiran yang tidak mempunyai syarat kelulusan yang ketat. En Fahmi juga menasihatkan orang ramai agar berhati-hati memilih produk kecantikan yang boleh memudaratkan kulit wajah seperti mengandungi bahan-bahan seperti Merkuri dan Hydroquinone. Harga produk Dr Lauranne pula lebih murah daripada jenama ternama Eropah walaupun kualitinya berada pada tahap yang sama.




Quantum Siero Totiptente/Toti-Potent Serum

Untuk Info Lanjut mengenai Produk Dr Lauranne:

Web:  DR LAURANNE
FB:  Dr Lauranne


17 ulasan:

  1. Macam menarik je. Nanti akak review ye product dia - kalau bagus macam nak try. Hehe

    BalasPadam
  2. Wow! Produk dari negara eropah tu. Bukan senang nak jumpa. Boleh la cuba. Yang penting selamat digunakan.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ye betul product dari Itali khas utk kulit orang asia dan telah dpt kelulusan utk dipasarkan di malaysia

      Padam
  3. Toti-Potent Serum nampak bagus untuk kulit kita. I will get 1 to try it out.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Seram ni memang bagus sekali terutama yang ada masalah kulit wajah

      Padam
  4. Apa sahaja berkaitan dengan serum SA suka..nak skodeng website Dr Lauranne ni la..

    BalasPadam
  5. Samalah dgn kak, Serum memang bagus untuk kulit wajah yang ada masalah

    BalasPadam
  6. Untunglah dapat pakai produk ni.Pernah pakai produk yang berbahaya sebelum ni. Nasib baiklah pakai sekejap dan kesannya tak teruk pada muka. Nanti Bella baca review akak.

    BalasPadam
  7. Ade dgr psl products ni tapi takut nak consume sbb tak berapa popular kat msia hehe tp nak dptkan mcm mana ye?

    BalasPadam
  8. Lebih bagus berbandingkan dari mereka yang import produk entah apa dari negara jiran dan klaim ianya dorang punya hahahha

    BalasPadam
  9. Review yg bagus, mohon kongsi ya, sesiapa yg berminat dengan produk dr lauranne boleh la whatsapp or call 0172888395, terima kasih

    BalasPadam
  10. Produk kecantikan Itali tak pernah dengar pun hehehe tapi bagus juga ada banyak produk sekarang ni lebih memberi pilihan kepada pengguna.

    BalasPadam
  11. Menarik ni. Hmm kena intai website Dr Lauranne ni. Kalau berkenan boleh cuba

    BalasPadam
  12. Dr, lauranne ni dah lama en bertapak. Mesti produk dia bagus2. Tapi tak pernah cuba puñ. Macam best je

    BalasPadam
  13. Tengok packaging pun dah nampak menarik. Nampak esklusif produknya. Nak cr utk blackhead

    BalasPadam
  14. first time dengar this brand, too be honest, i tak berani nak try brand brand yang i tak pernah dengar. so really need to see more people review. haha

    Which Income Group Do You Belong To?

    BalasPadam

Thak You For Your Comment