PELANCARAN KAJIAN PELAN INDUK PELANCONGAN TERENGGANU - KEUNGGULAN WANITA

NUFFNANG

DS NUFFNANG

Khamis, 16 November 2017

PELANCARAN KAJIAN PELAN INDUK PELANCONGAN TERENGGANU






TRANSFORMASI PELANCONGAN UNTUK KEMAKMURAN EKONOMI

Seri Wangi telah hadir ke Pelancaran Kajian Induk Pelancongan Terengganu pada 9 Nov 2017 bertempat di Impiana Hotel KLCC di mana telah dirasmikan oleh YAB Dato' Seri Haji Ahmad bin Abd, Rahman.  Pelan Induk Pelancongan Terengganu dizahirkan oleh Kerajaan Negeri Terengganu melalui pelantikan PEMANDU Associates untuk mereka bentuk Pelan Induk Pelancongan Terengganu.

Kerajaan Terengganu banyak bersandar kepada industri minyak dan gas yang menyumbangkan lebih 85% pendapatan negeri Terengganu. Pelancongan merupakan penyumbang sumber ekonomi kedua tertinggi dengan 10 - 15%,  Kerajaan Terengganu mensasarkan antara 30 - 50% peningkatan sumbangan hasil dari sektor pelancongan kepada KDNK Negeri menjelang tahun 2025. Kerajaan Negeri mensasarkan sebanyak 6.5 juta pelancong dan perbelanjaan pelancong di Terengganu sebanyak RM6 billion menjelang tahun 2025. 


Pelancongan merupakan suatu sumber yang efektif dalam menghasilkan peluang pekerjaan, pembangunan dan peningkatan ekonomi. Ianya merupakan suatu peluang perniagaan yang besar dan terbuka buat semua. Oleh itu Kerajaan Negeri dengan usahasama PEMANDU Associates kini dalam proses menghasilkan satu pelan induk yang bakal mengubah industri pelancongan sekaligus menghasilkan model perdagangan yang mampan yang boleh mengukuhkan kualiti hidup rakyat Terengganu dan memenuhi kehendak para pelancong, tanpa merosakkan keindahan dan keistimewaan alam semulajadi Terengganu.




Terengganu kaya dengan pelbagai aset dan mempunyai daya tarikan untuk menjadi destinasi pelancongan pilihan di Malaysia seperti kawasan persisiran pantai yang terpanjang sejauh 244km, pantai-pantai yang indah. Tasik Kenyir yang cantik, merupakan tasik buatan manusia yang terbesar di Asia Tenggara dan mempunyai 340 buah pulau-pulau kecil bagaikan syurga untuk para peminat pemancing. Manakala Setiu Wetland adalah kawasan tanah lembab semulajadi yang terbesar di kawasan Pantai Timur, Semenanjung Malaysia, kawasan ini sangat mewah dengan khazanah pelbagai Biodiversiti. Selain itu terdapat pulau-pulau yang menakjubkan, hutan hujan, kawasan-kawasan tapak warisan, legasi seni dan kebudayaan serta tradisi yang unggul serta makanan tradisi seperti nasi dagang, nasi minyak,ikan singgang dan keropok lekor. 

Setiau Wetland
Pulau-Pulau


Tasik Kenyir


Negeri Terengganu juga mampu mengujakan pengunjung yang menggemari cabaran fizikal dan keseronokkan dengan pelbagai pilihan sukan alam semulajadi dan kembara rekreasi. Cabaran yang dihadapi adalah bagi membina dan menwadahkan aset-aset tersebut bagi memenuhi keperluan pengguna. Dengan BFR Methodology, PEMANDU Associates  bekerjasama dengan semua Pegawai Daerah dan juga pihak Berkuasa Tempatan di Terengganu demi menjadikan Terengganu sebuah destinasi pelancongan yang unggul.






Negeri Terengganu akan memperkasakan sektor pelancongan dan menghasilkan produk-produk warisan, selain menaiktaraf pusat-pusat peranginan di kawasan pulau-pulau serta mempertingkatkan pembangunan kawasan taman-taman Negeri dan mewujudkan hub pelancongan di Huaxi, yang terletak di daerah Jiangsu, China bagi menarik kunjungan pelancong China di mana Terengganu bakal menjadi Negeri pertama di Malaysia yang mensasarkan mengiktiraf potensi pelancongan dari Negara China melalui cara ini. Ia akan menjadi satu pengalaman yang memberangsangkan dan penuh inspirasi bagi penduduk Terengganu kerana ia bukan sahaja akan membawa kemakmuran ekonomi, bahkan meningkatkan kualiti kehidupan secara menyeluruh.






GAMBAR SEKITAR PELANCARAN PELAN INDUK TERENGGANU








Untuk Info Lanjut:







Tag:   #PEMANDUAssociates   #beautifulterengganu  #motacterengganu  #motacmalaysia     #matic    #visitterengganu   #travelblogger    #travelbloggermalaysia

33 ulasan:

  1. Teringin nak cuti-cuti di Terengganu. Last time sampai masa zaman sekolah. Dah lama sangat tu.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ye betul yu, kak pun klu pg Terengganu cuma sam[ai kat pekan dia jer..xtaupun Terengganu byk tempat menarik

      Padam
  2. bestnya ada outdoor. ilang stress kalo datang sini..

    BalasPadam
  3. Bestnya kalau dapat join trip Visit Terengganu..akak kalau ada program inform SA tau...

    BalasPadam
  4. wahhh teringginya nakpergi terengganu! banyak betul tempat tempat cantik kat sana

    BalasPadam
    Balasan
    1. Yelah..kak pun belum lg sampai kat pulau-pulau di Terengganu cuma sampai kat pekan Payang jer

      Padam
  5. Terangganu kaya dengan aset- aset pelancongan ... perlu dijaga untuk pelancong2 asing yang datang melawat

    BalasPadam
    Balasan
    1. Memang betul firstly minyak...sekarang pun Terengganu pun belanja makan dah mahal

      Padam
  6. Terengganu memang salah satu tempat perlancongan yang best. Rugi kalau kita orang malaysia tak pernah jejak dekat terengganu walaupun sekali.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Next year blh plan bercuti kau Pulau-Pulau dia paling best Pulau Perhentian

      Padam
  7. Tahun nie tahun melawat terengganu rupanya... Sebab tgk banyak event ke Perak je lately...

    Eh kak... Ada event pada 23/11 nie... nnt PM saya dekat fb ek ;)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Mmg pun skrg thn melawat Terengganu, thn depan mgkn besar-besaran...kak dah pm

      Padam
    2. Ye...yg ni plan utj thn depan..dah pm

      Padam
  8. InsyaAllah, negeri yang dibangunkan dengan teratur akan memberi pulangan besar kepada rakyat dan ekonominya sekali.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Memang betul Terengganu kini semangkin membangun

      Padam
  9. Very good info provided indeed. Hoping to see a more attractive tourist location in the near future in Terrenganu.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ok...Ying l will give you more info abaout Terengganu

      Padam
  10. Terengganu best sebab banyak pulau cantik-cantik dan makanan yang best-best

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tulah...kak belum lagi sampaiu kat pulau-pulau tu, cuma sampai kat pekan jer..

      Padam
  11. tak pernah lagi datang ke terengganu, macam seronok je... kalau ada trip ke terengganu mesti lagi best hehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Yelah..kak pun kalau ada trip ke Terengganu nak ikut juga..

      Padam
  12. Nice I've only been to Terrengganu once, must revisit again!

    BalasPadam
  13. Banyak tempat-tempat best dan menarik di Terengganu. Bilalah boleh jalan-jalan ke sana

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kak selalu ikut rombongan office tp xdpt pg semua tempat..

      Padam
  14. terengganu memang best, last pergi masa baru bertunang. Ikut family day company suami kerja

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kak jarang pg Terengganu itupun ikut rombongan

      Padam
  15. Terengganu memang banyak produk boleh diketengahkan. Memang best. Makanan ada, tempat menarik ada, hotel dan resort banyak, muzium dan sejarah banyak dan paling saya suka bila dapat shopping kepok dan kain batik. Wuwuwuw. heaven!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Haaa....memang best kak cuma dapat pergi pekan Payang jer...tempat lain tak pernah pegi lagi

      Padam
  16. i used to be a licensed tour guide and i have to say, tourism has been important sector to Malaysia!

    YourFinanceDoctor

    BalasPadam
    Balasan
    1. Yes...correct...Malaysia the best place for toursim

      Padam

Thak You For Your Comment