ANTABAX POWER GRAFFITI COMPETITION 2017 DAN PERMAINAN RAKYAT MALAYSIA - KEUNGGULAN WANITA

NUFFNANG

DS NUFFNANG

Rabu, 13 September 2017

ANTABAX POWER GRAFFITI COMPETITION 2017 DAN PERMAINAN RAKYAT MALAYSIA


Hari Ahad 10 Sept 2017, Seri Wangi dan kawan serta anak-anaknya pergi ke Acara Antabax Power Graffii Competition 2017 di Balai Seni Lukis Negara Kuala Lumpur. Sekali-sekali keluar beriadah untuk hilangkan stress seharian bekerja dan bergembira dengan kanak-kanak yang ramai turut serta beriadah dan melakukan pelbagai aktiviti-aktiviti di acara Antabax Power Games khas untuk mereka.

Perasmian Antabax Power Gaffitti Competition 2017
Antabax, rangkaian produk penjagaan diri anti-bakteria Halal nombor 1 di Malaysia, meraikan POWER Malaysia menerusi pertandingan melukis graffiti secara live. Seramai 14 artis graffiti yang terbaik dalam negara serta krew masing-masing berentap untuk merebut hadiah wang tunai berjumlah RM20,000, di Balai Seni Negara.

Cabaran melukis graffiti secara live itu merupakan hasil daripada Pertandingan Grafitti Antabax POWER 2017 yang berlangsung selama sebulan sempena sambutan hari kemerdekaan negara yang ke-60.  Bertemakan POWER Malaysia, artis-artis graffiti dari seluruh negara dicabar untuk mentafsirkan semangat dinamik serta keunikan negara ini. 



Pertandingan itu menerima ratusan penyertaan secara dalam talian yang kemudian disenarai pendek menjadi 55 sebelum 14 orang artis serta krew mereka dilpilih, simbolik dengan 14 buah negeri di Malaysia. Mereka disenarai pendek oleh para juri daripada Balai Seni Negara, artis-artis graffiti terkemuka dan wakil-wakil Antabax. Hadiah wang tunai berjumlah RM20,000 untuk pertandingan ini dipercayai antara yang paling besar pernah ditawarkan dalam pertandingan graffiti di Malaysia. Finalis hanya diberi masa 3.5 jam untuk menyiapkan panel sebesar 2.4m kali 2.4m dengan visi mereka tentang Malaysian POWER. Cat semburan merupakan medium utama.


PERTANDINGAN MELUKIS GRAFFITI LIVE ANTABAX POWER




Cabaran melukis graffiti secara live 
Satu klinik melukis graffiti untuk mereka yang berusia di antara lapan hingga 18 tahun turut dijalankan oleh Bee dan krew artis graffiti dari District Gallery. Ia bertujuan memberi inspirasi kepada artis graffiti generasi akan datang dengan mengajar mereka tentang cara mengendali  tin cat yang betul (can-handling), teknik-teknik asas, prosedur keselamatan dan kebersihan.  Seri Wangi juga mencuba melukis Graffiti ni, namun bukannya mudah hendak melukis dengan menggunakan cat semburan jika kita tidak tahu teknik-teknik semburan untuk melukis sebuah lukisan Graffiti, jadi...Seri Wangi bagi 5 bintang kat adik-adik ini yang memang mahir dan kreatif dalam melukis Graffiti.

klinik melukis graffiti





Antabax ialah satu jenama produk penjagaan diri dari Malaysia yang terkenal dengan perlindungan anti-bakteria selama 24 jam. Ia dinamakan sebagai jenama paling pantas berkembang di Malaysia dalam kategori produk penjagaan diri anti-bakteria[1] dan semua produknya disahkan Halal.  Jenama ini telah mengetengahkan seni, budaya dan aktiviti warisan Malaysia menerusi pelbagai kempen yang memenangi anugerah serta mempromosikan gaya hidup aktif dan sihat, di samping berjaya merapatkan hubungan di antara komuniti.  


Pengurus Besar Kanan, Jabatan Isi Rumah & Produk Penjagaan diri, Divisyen Pemasaran, Lam Soon Edible Oils Sdn. Bhd., Francis Ng berkata, “Kempen Antabax POWER meraikan apa yang membuatkan Malaysia sebuah negara yang unik melalui semangat dan POWER warganya. Interpretasi tentang apa yang membuatkan Malaysia hebat mungkin berbeza, tetapi perasaan dan asas kehebatannya ada di sana.” 




PERMAINAN WARISAN RAKYAT MALAYSIA

Kempen Antabax POWER merupakan inisiatif terkininya ke seluruh negara. Selain pertandingan Graffiti, kempen ini turut melibatkan permainan warisan Malaysia -Juara POWER Antabax. Pengurus Besar Kanan, Jabatan Isi Rumah & Produk Penjagaan diri, Divisyen Pemasaran, Lam Soon Edible Oils Sdn. Bhd., Francis Ng berkata, “Kempen Antabax POWER meraikan apa yang membuatkan Malaysia sebuah negara yang unik melalui semangat dan POWER warganya. Permainan Juara POWER Antabax. Para pengunjung yang menghabiskan siri lapan permainan zaman kanak-kanak seperti batu seremban, teng teng, lawan pemadam, lompat getah, batang lidi, chapteh, ceper dan gom bia.
Permainan Warisan Rakyat Malaysia
Lompat Getah
Batang Lidi

Batu Seremban

Ceper

Capteh

Gom Bia

Teng Teng
 Pemenang Cabutan Bertuah

Antabax Power juga mengadakan cabutan bertuah bagi peserta-peserta yang mengambil bahagian di acara Antabax Power Games iaitu masing-masing perlu mengambil bahagian semua acara yang disediakan dengan mengecop pada borang yang diberikan apabila sudah lengkap dicop, borang tersebut akan ditukar kepada nombor untuk cabutan bertuah dan setiap peserta akan diberi sebotol shower cream.





KEPUTUSAN PERTANDINGAN MELUKIS GRAFFITI LIVE ANTABAX

Pertandingan melukis graffiti secara langsung itu dinilai oleh Ketua Kurator Balai Seni Negara, En Majidi Amir; Kurator Kanan Balai Seni Negara, En Bakhtiar Naim Jaafar; Pengurus Kanan Jenama, Produk Isi Rumah & Penjagaan Diri Lam Soon Edible Oils, Pn Mandy Lee dan artis grafiiti tanah air terkemuka, Bee dan Bone Alfie. Pertandingan melukis Graffiti Live Antabax dimenangi oleh:




 Juara Melukis Graffiti Live Antabax
 Mohd Zulfadli Bin Ahmad Nawawi (Akid1)
Wang Tunai sebanyak RM7,500



Tempat Kedua 
Mohd Zaki Bin Nordin (Escapeva)
 Wang Tunai RM4,500


Tempat Ketiga
Siek dan Katun (3 Serangkai) 
Wang Tunai   RM2,500 


Sebelas pemenang hadiah saguhati masing-masing menerima RM500.  Semua finalis juga menerima hamper Antabax dan cat sembur bernilai RM200 setiap seorang.




 About Lam Soon Edible Oils Sdn Bhd

Lam Soon Edible Oils Sdn. Bhd. (Lam Soon) has been an established manufacturer of edible foods, household and personal care products in Malaysia since the 1950s. In the household and personal care category, their selection of quality products include May personal care range, Fruitale Fair White UV soap, shower and olive oil range, Antabax antibacterial soap, hand sanitizer, medicated powder and cleansing wipes, Orchid feminine wash range, ZIP homecare product range of dishwashing liquid, floor cleaner, toilet bowl cleaner, powder and cream cleanser, Labour dishwashing liquid and paste, and Bio-home multipurpose cleanser and dishwashing liquid range. As a renowned and trusted household brand among consumers, Lam Soon is dedicated to producing quality products for a healthier lifestyle and cleaner homes.

Pengurus Besar Kanan, Jabatan Isi Rumah & Produk Penjagaan diri,
Divisyen Pemasaran
Lam Soon Edible Oils Sdn. Bhd. Mr. Francis Ng


Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai kempen
#AntabaxPOWER Sila layari laman web:


 Facebook :  NewAntabax

Instagram :  @antabax

30 ulasan:

  1. Lukisan grafitti yang sangat menarik.

    BalasPadam
  2. I love this event... Especially playing our childhood games.. so nice...

    BalasPadam
  3. Finally Graffiti gets the adulation it deserves!

    BalasPadam
  4. The event look so fun and interesting! I wish I know about it earlier so I could have join in the fun!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Yes..rugi you xdpt join, now you can follow antabax fb, next time you can join the event

      Padam
  5. The graffiti look nice. I use to buy antabax in old times.

    BalasPadam
  6. The graffiti artwork are so beautiful. Hope they keep it an exhibit or show

    BalasPadam
  7. What a fun event for the children. I love artsy stuff. They bring out the creative talent in kids.

    BalasPadam
  8. I asyik tengok semua wall art tu jer.. cantik!

    xx
    Puiyeesss

    BalasPadam
  9. Nice event hold by Antabax. I like the creative design of the graffiti.

    BalasPadam
  10. wah... seronoknya aktiviti2 yg ada.. mmg childhood activiti lah.. rindu sgt2 - racheal

    BalasPadam
  11. Wow! we got some really talented graffiti artist!

    BalasPadam
    Balasan
    1. haaa....you can as them lukis for your dinding

      Padam
  12. Bagusnya. Siap ada permainan tradisi. Saya suka event yang memperkenalkan warisan gini. Good job!

    BalasPadam
    Balasan
    1. memang bagus..good ideakan...and l also enjou play with the kids

      Padam
  13. Cantiknya lukisan graffiti. Banyak aktiviti boleh main juga.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Linda, mmg best, kalau anak you ada lagi happening

      Padam
  14. Meriah nampak. Kreatif betul semua graffiti tu

    BalasPadam
    Balasan
    1. Iman..mmg meriah sangat, sapa yg bawak anak lagi meriah..

      Padam
  15. https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=1518657294860665&id=100394606686948

    BalasPadam
  16. They are so creative and talented! If for me, I can only draw my name hahaha.

    BalasPadam

Thak You For Your Comment