MY PETS CARNIVAL DI ONE CENTRAL PARK - KEUNGGULAN WANITA LIFESTYLE AUTHOR TRAVEL BLOG

Sabtu, 26 Ogos 2017

MY PETS CARNIVAL DI ONE CENTRAL PARK



Berita baik kepada semua "Pet Lovers" mulai 29, 30 Sept dan 01 Okt 2017 satu pameran iaitu My Pet Carnival 2017 akan diadakan di One Central Park, One Utama. Pastinya pencinta-pencinta haiwan tidak sabar-sabar menunggu ketibaan karnival tersebut kerana dengan adanya karnival ini ianya dapat lagi mengeratkan lagi kasih sayang antara haiwan kesayangan dengan pemiliknya. Dengan kerjasama antara I Tiara Production Sdn Bhd dan 1 Utama untuk mengadakan Pet Event untuk pencinta-pecinta haiwan peliharaan kesayangan mereka.

Dengan adanya karnival seperti ini ianya adalah salah satu platform transformasi untuk meningkatkan kesedaran kepada umum akan terutamanya pencinta haiwan untuk lebih menyanyangi haiwan kesayangan mereka dan mengeratkan lagi kasih sayang mereka dengan memberi ruang antara pemilik dan haiwan kesayangan mereka, Jadi dengan adanya My Pets Carnival ini pelbagai aktiviti-aktiviti khas untuk mereka.





Sempena karnival ini My Pet Carnival 2017 telah melantik 2 orang selebriti iaitu Encik Hafiz Bahari dan Mr Johnson Law sebagai Duta serta Miss Subashini Ravichandreni iaitu Petite Beauty Queen untuk bersama-sama menjayakan karnival ini dalam memberi sumbangan kepada komuniti haiwan dengan mewijudkan kesedaran mengenai kebajikan haiwan peliharaan agar mereka memahami betapa setiap haiwan itu memerlukan perhatian dan kasih sayang dari pemiliknya.

Selebriti dan Duta My Pets Carnival

Hafiz Bahari dan kucing kesayangannya

Miss Subashini Ravichandreni - Petite Beauty Queen 
 Program My Pets Carnival telah mengadakan perbagai aktiviti di sepanjangan karnival tersebut diadakan di mana penganjurnya adalah Taro Chats, Pets Lovers Centre, 88 Pets Mart dan Baddogz Jin Studio yang bekerjsama dengan 1 Utama untuk bersama-sama menjayakan majlis tersebut demi kebajikan haiwan peliharaan.

AKTIVITI SEPANJANG 3 HARI MY PETS CARNIVAL

Pelbagai Aktiviti Sepanjang di My Pets Carnival

1.   The 70 meters x 6 meters water slide 

Aktiviti  "Water Slide" ini adalah kali pertama diadakan di Malaysia dalam aktiviti pets show, acara ini adalah untuk mengeratkan lagi antara pemilik haiwan dengan binatang peliharaan mereka. Setiap "Sliding Lane" dan "landing Spot" untuk kucing dan anjing akan diasingkan agar menjamin keselesaan antara pemilik dan binatang kesayangan mereka dengan suasana selamat dan terkawal.

2.   Swimming Pool

Hari bersama pemilik dan binatang kesayangan mereka berpeluangan bermain, berenang dan berlatih bersama di kolam renang di mana terdapat 2 kolan renangan berasingan untuk kucing dan anjing serta disediakan life jacket yang disewakan untuk melatih mereka.

3.  Costume Parade adn Contest

Keceriaan untuk pemilik haiwan di mana mereka digalakkan untuk memakai pakaian yang sama tema, warna dan rekaan bersama haiwan mereka untuk berpeluang memenangi hadiah menarik.

4.  Catwalk Show by  Miss Malaysia Petite Spokesperson

Peminat-peminat Pets Lovers pastinya akan terhibur dapat menyaksikan Miss Malaysia Petite bersama-sama  haiwan kesayangan menggayaka "Catwalk" di pentas.

5.  Hommock Area!

Cabaran untuk haiwan kesayangan yang sukakan aktiviti-aktiviti yang mencabar di mana mereka dapat merasai kebebasan dan ruang untuk bersama pemiliknya dengan penuh kasih sayang di kawasan persekitaran yang selamat "Free to ride".

6.   Camp with Your Pets

Pada 30 Sept dan 01 Okt 2017 pemilik haiwan sekeluarga bersama haiwan kesayangan mereka boleh memilih untuk berkhemah dan bermalam bersama untuk menikmati pemandangan sersekitaraan tasik atau berkayak bersama haiwan kesayangan mereka.

7.  Adoption Drive

Untuk memberi kesedaran dalam menyanyangi haiwan yang terbiar My Pets Carnival bersama NGO - Kumpulan 'Non-profitable' terlibat dalam menjayakan kebajikan haiwan terbiar untuk menangani berkenaan masalah tersebut.

Di My Pets Carnival juga aktiviti seperti LED Lighting di waktu malam bersama haiwan kesayangan, Magic Shows, Pertandingan Mewarna, Pelbagai permainan, belon-belon untuk kanak-kanak, backdrop/photo wall, welcome tent dan Lucky Draw untuk mereka sekeluarga bersama haiwan kesayangan masing-masing bergembira. 

Di samping diadakan booth-booth Haiwan Peliharaan, juga diadakan Flea Market, booth-booth Food Truck dan Food Stall di karnival tersebut untuk membeli-belah product haiwan peliharaan dan gerai makanan.

My Cuties Cats

Wahh...banyaknya banyaknya aktiviti-aktiviti yang diadakan di My Pets Carnival, yang pastinya pemilik dan haiwan kesayangan mereka pastinya dapat bergembira menikmati suasana yang penuh keceriaan dan cabaran bersama keluarga di hujung minggu. Jadi apalagi lagi marilah beramai-ramai berkunjung di My Pets Carnival bersama keluarga di mana dapat memberi kesedaran betapa pentingnya menyanyangi mereka untuk membanteras isu pengabaian terhadap haiwan agar mereka dapat meneruskan kehidupan mereka dengan keadaan di sekeliling mereka.

Untuk Maklumat Lanjut, sila layari:



#MyPetsCarnival

6 ulasan:

  1. Oh, ini event yang akak ceritakan hari tue ek? Sampai sekarang saya xbela haiwan dekat rumah nie.. lipas tue terkecuali

    BalasPadam
  2. Wahhh..kat ou eh...sape yang suka kucing memang kena p sini..

    BalasPadam
    Balasan
    1. memangpun byk program..klu saja nak enjoy tgk gelagat dia org dtg jer tgk

      Padam
  3. The pets looks really cute. That looks like a great event!

    BalasPadam

Thak You For Your Comment