MISS SHOPHIA@BBKLCC FIESTA & DEKAT JE CARNIVAL - KEUNGGULAN WANITA

NUFFNANG

DS NUFFNANG

Isnin, 28 Ogos 2017

MISS SHOPHIA@BBKLCC FIESTA & DEKAT JE CARNIVAL



Salam semua readers tersayang,


Kali ini Seri Wangi dapat jemputan ke Majlis Pelancaran Miss SHOPhia@BBKLCC Fiesta & Dekat Je Carnival, event seperti ini pertama kali diadakan di Bukit Bintang Kuala Lumpur. Pelancaran ini dirasmikan oleh YBHG Datuk Seri Mirza Mohammad Taiyab, Director General, Tourism Malaysia. Beliau memohon maaf kerana YB Datuk Mas Ermieyati Samsudin, The Minister of Tourism and Culture Malaysia tidak dapat hadir di majlis tersebut. Beliau berharap dengan adanya event seperti ini akan dapat menarik ramai pelancong-pelancong dari luar negara untuk merasai keriangan membeli-belah di sekitar Kuala Lumpur.



Mr Joseph Yeoh, Chairman of BBKLCC Tourism Association and Datuk Seri Mirza Mohammad Taiyab, Director General of Tourism Malaysia with Miss SHOPhia 

Miss Shophia@BBKLCC
Untuk makluman semua reader pada suku tahun pertama tahun 2017 merekodkan bahawa dalam sektor pelancongan mencatatkan 6.3 peratus kepada RM5.4 billion keuntungan tahun lepas dalam sektor pelancongan. Miss SHOPhia@BBKLCC Fiesta & Dekat Je Carnival  adalah salah satu tarikan untuk pelancong-pelancong luar negara datang membeli-belah ke Malaysia memandangkan waktu ini adalah musim MALAYSIA Mega Sales Carnival yang sedang berjalan hingga 31 August  di samping itu kita akan menyambut Hari Kemerdekaan yang ke 60 dan juga Acara SEA Games Kuala Lumpur ke 29, oleh itu pusat-pusat membeli-belah banyak mengadakan promosi dan diskaun hebat untuk menarik pengunjung-pengunjung.


Tagline: Super Bargains, Fantastic Experiences



Di SHOPhia@BBKLCC Fiesta, pelancong dan pembeli akan dapat melihat pelbagai promosi dan aktiviti-aktiviti menarik yang dijalankan sepanjang 10 hari program tersebut dijalan seperti:

1.   Pelanggan-pelanggan yang berkunjung di Fahrenheit88 dihiburkan dengan persembahan tarian traditional sempena sambutan Hari Kemerdekaan yang ke 60 tahun dan persembahan musik dan tarian Dancing Flash Mob. Juga pembeli yang berbelanja sebanyak RM60 ke atas (maximum 2 combined receipts) akan berpeluang menyertai cabutan bertuah, 5 hadiah berbeza tapi sama harga terhad 410 hadiah sahaja.

         


2.   Di Lot 10 juga kita dapat merasai  makanan Jepun di Japanese Food Stall, menonton persembahan Taiko Japanese Drum dari Wadaikosyo, dihidangkan juga dengan tarian dan musik Jepun serta mencuba membuat Mochi. Pengunjung juga boleh mengabdikan gambaran tempat-tempat menarik di Lot 10 sepanjang fiesta tersebut dan berpeluang memenangi tiket pergi balik ke Osaka ditaja oleh AirAsia X, berbelanja RM300 ke atas dalam 1 receipt dan tebus RM10.

3.   Di Pavillion KL pula semasa cuti hujung minggu  sempena 1 Malaysia bermula 29, 27 & 31 Ogos 2017 diadakan persembahan tarian, untuk [encinta seni pula akan dapat melihat Wall Art Exhibition bersama Art WeMe di mana pameran tersebut adalah dari pelukis muda tempatan iaitu Koo Yean Ni dan Hasif Azizan. Pembeli juga akan dapat menyertai "Drive to Sale" di mana terdapat 3 kereta mewah Laxus yang berharga RM900,000 kepada pemenang sepanjang program 1Malaysia Mega Sales Karnival dijalankan dengan pembelian sebanyak RM500.


·        

 4.   Pengunjung yang membeli-belah di Plaza Low Yat pasti akan terhibur dengan persembahan Thematic Dance Performance pada 26 Aug 2017, Cheerleaders Performance pada 27 Aug 2017, Office Themed Dance Performance pada 01 Sep 2017 dan Flash Mob Dance pada 02 Sept 2017.  Sekiranya pengunjung dapat menjejaki dan bertemua dengan Miss SHOPhia sepanjang tarikh tersebut, mereka berpeluang membawa balik RM3,000 shopping voucher ketika membeli-belah di situ. Jadi...apalagi kalau menang cubalah bergambar dengan  Miss SHOPhia untuk memenangi RM500 shopping voucher dengan menyertai Facebook Contest.

5. Pengunjung yang membeli-belah di Starhill Gallery pula berpeluang memenangi penginapan 3 hari 2 malam di Green Leaf Niseko Village, Japan apabila berbelanja RM10,000 ke atas sepanjang program 1Malaysia Mega Sale Carnival. 

6.   Di Sungei Wang Plaza diadakan permainan tempatan dan juga pengunjung boleh menyertai Sajak Kemerdekaan, arts dan kraftangan worksyop, cooking and baking demonstration dari 26 Aug - 3 Sept 2017. Dengan pembelian minimum RM60 akan menebus "Batu Seremban".

7.    Pengunjung yang membeli-belah di Suria KLCC pula yang berbelanja RM500 akan menerima RM100 Fred Perry Cach voucher dengan combined receipt. Dapatkan compluimentary coffe dan Under Armour voucher RM50 dengan membawa Bendera Malaysia dalam 60 saat. 





Semoga dengan adanya program kerjasama antara Miss SHOPhia@BBKLCC Fiesta & Dekat Je Carnival dan Tourism Malaysia ini dapat menarik pelancong-pelancong dari Negara ASEAN iaitu Brunei, Indonesia, Singapore dan Thailand datang melancong ke Malaysia dalam musim promosi ini.









 JOM SHOPPING 



Kawaii Bread Box - The Market


Time Out 

CarloRino










Untuk Keterangan Lanjut:

www.misshophia.malaysia.travel
www.facebook.com/missshophia

2 ulasan:

  1. Best kan! Makanan dari Isetan hari tu ruby ambil Takoyaki 3 set dan roti 2 set. habis dah voucer tu. kemudian bag carlo rino yang leather tu. Tambah RM 150. Harga keseluruhan RM 499. Kempis poket, tapi puas hati.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Haa...samalah kak shopping sakan, mkn tapau xlrt nk mkn...kak tmh 100 beli hbag n kasut yg offer tu

      Padam

Thak You For Your Comment