MENJAMU SELERA DI AMAIMONO CAFE (SWEET LIFE) JAPANESE PANTRY YANG HALAL - KEUNGGULAN WANITA

NUFFNANG

DS NUFFNANG

Isnin, 14 Ogos 2017

MENJAMU SELERA DI AMAIMONO CAFE (SWEET LIFE) JAPANESE PANTRY YANG HALAL



Salam buat readers tersayang,


Seri Wangi nak cerita sedikit tentang makanan Jepun yang kini mulai disukai ramai termasuklah Seri Wangi tetapi kita berasa was-was hendak memakannya terutamanya sama ada ianya halal ataupun tidak. Namun begitu tedapat sebuah Cafe di Bandar Kepong, Kuala Lumpur yang berdekatan dengan Public Bank bernama Amaimono Japanese Pantry (Sweet Thing) sebuah Cafe yang berkonsepkan makanan jalanan Jepun dan ianya mula dibuka pada bulan Mac 2017 dan mendapat sambutan dari pelanggan-pelangga di sekelilingnya.

"A little sweetness adds joy day, A taste of sweetness makes you feel better."


Seri Wangi mulanya berasa ragu-ragu juga untuk masuk ke Amaimono Cafe ni sebab apabila dilihat dari luar cafe ini memanglah seperti restoran Cina yang lain kerana tulisan luarnya kebanyakannya adalah tulisan Cina. Bila Seri Wangi melangkah masuk ke dalam Amaimono Cafe, terpegun seketika bila melihat hiasan dalamannya yang unik, cantik, kemas, bersih dengan susun aturnya yang menarik dan pastinya kanak-kanak menyukainya apabila terpandang patung-patung mainan yang tersusun rapi

Ketika Seri Wangi bertemu dengan pemilik Amaimono Cafe iaitu Mr Allan Low  beliau memaklumkan bahawa  adalah menu sajian di cafenya adalah HALAL. Dan beliau telah memberi penerangan terperinci akan pengurusan perniagaannya yang kebanyakkan bahan-bahan mentah yang diperolehi untuk masakan Chicken Ramen adalah halal apatah lagi Tukang Masaknya di dapur adalah orang Melayu iaitu Puan Faridah Hanim dan pembantunya pula anaknya sendiri iaitu Faiz. 

Japanese Ramen adalah Halal

Puan Faridah Hanim beruntung kerana Mr Allan Low sendiri yang memberi tunjukajar kepadanya dalam masakan Japanese Ramen dan Mr Allan yang berpengalaman dalam masakan Japanese Ramen terutamanya dalam penyediaan sup chicken ramen. Sebelum itu Mr Allan Low sudi membawa kami semua menjengah ke dapurnya untuk melihat sendiri cara-cara persediaan masakan tersebut oleh Puan Faridah dan Mr Allan Low pandai memasak. Walaupun Restoran Amaimono Cafe tidak mempamerkan tanda Logo HALAL namun begitu beliau berusaha ke arah memohon dari pihak JAKIM kerana untuk mendapatkan kelulusan dari JAKIM perlulah mengikut piawaian dan syarat-syarat yang perlu mereka patuhi. 

Mr Allan Low juga ingin menarik perhatian pelanggan-pelanggan dari pelbagai bangsa terutamanya yang beragama Islam untuk mencuba masakan Jepun di Restorannya dengan cara menjaga kebersihan persekitaran, tiada alkohol dijual, segala bahan-bahan mentah adalah dari produk halal dan begitu juga Tukang Masaknya adalah Melayu Bumiputra. Beliau juga menjemput para blogger ke restorannya untuk melihat sendiri bagaimana pengurusan dan penyediaan di Restoran Amaimono berfungsi. Kami juga berpeluang masuk ke dapurnya untuk melihat sendiri Puan Faridah Hanim menyediakan Chicken Roasted dan Chicken Ramen serta sopnya.

Kesibukan Tukang Masak di Dapur Amaimono Cafe



Bila dah selesai melihat sendiri masakan persediaan Chicken Ramen tadi, tiba masanya untuk kami mencuba pula menu masakan Amaimono Cafe yang dikatakan sangat sedap terutamanya Chicken Ramen yang mempunyai pelbagai rasa dan jenis seperti Shoyu Chicken Ramen, Shio Chicken Ramen, Miso Chicken Ramen, Vigetarian Chicken Ramen dan Tom Yam Chicken Ramen. 


Jom makan Chicken Ramen pelbagai rasa...sedap...!


Selain dari itu Amaimono Cafe juga menyediakan menu pelbagai jenis nasi seperti Nasi Ayam Rendang, American Fried Rice, Kampung Fried Rice, Chicken Sausage Fried Rice dan Red Sauce Sour Spicy Chicken Rice. Semua harga menu di Amaimono Cafe sangat berpatutan dan tidaklah mahal seperti di lain-lain cafe dan tidak hairanlah menjadi tumpuan budak-budak remaja datang makan dan bersantai di Amaimono Cafe kerana ianya ada WiFi percuma.




Wah....banyaknya menu yang ada di Amaimono Cafe pasti sesiapa yang datang berkunjung rasa keliru nak memilihnya, itu belum lagi masuk untuk menu desert pulak. Yang pastinya desert dan manisan yang paling terkenal adalah Wafel Ikan Taiyaki dengan aiskrim dengan 10 rasa, Minuman pelbagai rasa dan berwarna-warni, Tou Fu Jepun, Kek Kaju, Puding, pencuci mulut dan Korea Sweet Toast.





Wafel Ikan Taiyaki & 3 rasa aiscream
Happening bukan? Bestnya bila kami semua dapat menikmati pelbagai menu hidangan hingga tak larat lagi nak menerus menu yang lain dan juga layanan istimewa dari pemiliknya sendiri Mr Allon Low dan Puan Faridah Hanim Tukang masak Amaimono cafe, beliau berharap kami dapat memberikan maklumat berkenaan Amaimono Cafe kepada followers kami kelak. Jadi...jom ramai-ramai singgah di Amaimono Cafe setelah penat bershopping di Jaya Jusco yang berdekatan untuk menjamu selera.


Untuk maklumat lanjut boleh layari:



Email :  amaimonocafe@outlook.com

Alamat:

No 89, Jalan Rimbunan Raya 1
Laman Rimbunan Kepong
52100 Kuala Lumpur

Tel:  03-61792431



20 ulasan:

  1. wow.. banyaknya makan.. cam sedap plak tengok. hehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Jom singgah kat kepong jer...memang sedap blh gi dapur dia tgk Puan Faridah masak kat dapur.

      Padam
  2. Wow...ade macam2 pilihan..menarik nii..nyam3

    BalasPadam
    Balasan
    1. shalimar...kak sukakan ikan Tayaki tu...aiscream pun byk pilihan

      Padam
  3. Balasan
    1. haaaa...mcm-mcm ada...nti nk pg lagi mkn aiscream ikan tu

      Padam
  4. Menu semua menarik. Susah nak cari makanan Jepun yang halal sekarang ni.

    BalasPadam
    Balasan
    1. memang pun...nak cari makanan jepun yg halal susah skt,cafe ni owner cafe sendiri yg ajar Puan Faridah msk japanese ramen

      Padam
  5. Nampak menggiurkan je makanan dia. Kalau dekat sure dah terjah ni

    BalasPadam
  6. Wow...eksaited nk cb waffle tu

    BalasPadam
    Balasan
    1. haaa...mmg sedap blh tgk cara dia masak wafel kat dapur

      Padam
  7. mcm2 ada. terliur tgk menu semua. i love ramen noodles..

    tq for sharing here

    BalasPadam
    Balasan
    1. ramen dia sedap sbb sup dia masak dgn stok tulang peha ayam dan tidak campur dgn tulang bahagian lain

      Padam
  8. Banyaknyee menu kat cafe ni ye, yang menarik perhatian wafel ikan tu, kalau dapat kat anak mau ditenung aje oleh dorang :D

    yanmie
    www.yanmieonline.com

    BalasPadam
  9. sedapnya akak makanan kat sini best nya makanan Jepun nanti boleh lah datang makan sini dan cuba kat sini hehehehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Jomlah maha mahu blh tanya resepi lg owner dia tak kedekut lg suka kalau blogger dtg review cafe dia.

      Padam
  10. Bestnyaa boleh cuba ni hehe. Haritu kita jumpa kat event shopplus kan :)

    BalasPadam
  11. wah my favourite!! i wanna go try! - Racheal

    BalasPadam

Thak You For Your Comment