KHASIAT BUAH BELINJAU ATAU MELINJAU - KEUNGGULAN WANITA

NUFFNANG

DS NUFFNANG

Ahad, 25 Disember 2011

KHASIAT BUAH BELINJAU ATAU MELINJAU



Pernah tengok buah Belinjau atau Melinjau? Rasanya orang muda-muda memang tak tau macam mana rupanya, dengar dan makan buahnya. Tengok gambar kat atas tu macam tulah rupa buahnya. Seri Wangi pernah tengok pokok Belinjau, rendang je pokoknya tapi susah nak berbuah. Kalau nak tau seri wangi satu family suka makan keropok Belinjau memang sedap dan lemak tetapi seri wangi hairan ada yang kata tak sedap pahit. Memang pun pahit tapi taklah pahit sangat, seri wangi biasanya pergi kat Chow Kit Road bila nak beli keopok Belinjau itu, biasanya satu bungkus RM6.00 setengah kilo, keropok belinjau ni memang mahal tapi sedap pada seri wangilah! Cuba beli dan goreng tentu sedap punya, lebih-lebih lagi makan dengan nasi, orang dalam pantang pun elok makan, Anak-anak seri wangi mula-mula dulu pun macam tu, tak pernah tengok keropok belinjau, dia orang cuma tau keropok ikan je, mula-mula tak mau makan, bila dah biasa, dia kata sedap, kadang-kala tak cukup dua tiga bungkus seri wangi beli.



Apa yang seri wangi tahu, pucuk muda, bunga dan kulit biji belinjau juga boleh dimakan. Bijinya juga boleh dimakan setelah direbus atau digoreng. Bijinya boleh dibuat koropok atau emping. Pucuknya sedap dimasak lauk lemak. Khasiat yang terdapat pada buah belinjau, setiap 100gm pucuk muda dan buah belinjau mengandungi air, protein, lemak, karbohidrat, fiber, kalsium, fosforus, ferum, vitamin A, niasin dan vitamin. Betapa banyak khasiat yang ada pada buah Belinjau.


Pokok Belinjau


Macam nilah rupa biji belinjau dan cara nak buat keropok belinjau pula dengan menumbuknya hingga leper dan jemur hingga kering macam keropok kat atas. Sedap dimakan tapi remeh membuatnya dan jumpa pokoknya susah. Seri wangi ada juha terbaca pokok belinjau ni banyak terdapat kat Pantai Timur terutamanaya Terengganu. Kalau pergi Terengganu memang banyak dijual keropok Belinjau ni.








4 ulasan:

  1. memang say yang duk kampungpom tak pernah tgk buah nie..hurm awal2 ingtkn buah pokok bunga tanjung tuh..bentuk mcm sama dah..nice sharing.. tq..im nang you here.

    BalasPadam
  2. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.

    BalasPadam
  3. Ui..first time tengok buah belinjau tapi keropok tu nampak macam pernah makan. Ecececeh..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Auni keropok belinjau memang sedap, kak satu family suka tapi bukan semua orang suka makan sebab pahit sikit

      Padam

Thak You For Your Comment