DIET SEMASA DALAM PANTANG - KEUNGGULAN WANITA

NUFFNANG

DS NUFFNANG

Jumaat, 23 Disember 2011

DIET SEMASA DALAM PANTANG


Semasa dalam pantanglah kita boleh berdiet kerana ibu-ibu dalam pantang tidak dibenarkan memakan makanan berminyak. Ibu dalam pantang cuma diberi makanan berebus, stim dan bakar dan banyakkan makan ulam-ulaman seperti pegaga dan minum air kunyit untuk kecutkan peranakan,minuman air akar kayu adalah yang paling bagus untuk kesihatan dalaman, jamu pula kadang-kala panas dan membuatkan baby yang menyusu badan cirit-birit.

Ulam Pegaga

Jus Kunyit
Buat permulaan ibu yang dalam pantang tidak dibenarkan makan jamu, cuma dibenarkan setelah seminggu kerana takut baby terkena kuning. Ibu dalam pantang cuma dimasakkan dengan lauk rebus seperti ikan selar, tenggeri,bawal putih dan ikan yang tidak gatal yang dicampur dengan hirisan kunyit muda, halia muda dan  lada hitam. Masakan sup ayam kampung dimasak tanpa minyak dan dicampur dengan halia, lada hitam dengan air yang tidak banyak, masakan ayam dan telur tidak baik untuk orang menjalani pembedahan. 

MAKANAN YANG DILARANG MAKAN







Selain masakan berebus, ikan juga boleh dibakar dengan digaul dengan lada hitam yang telah dikisar dan garam serta dibungkus daun pisang agar baunya wangi. Dan juga ikan boleh dikukus dengan dicampur hirisan halia, kunyit dan asam keping. Semua menu tersebut sangat berkhasiat dan bagus untuk diet. Ikan bilis juga sedap dimakan dengan nasi panas, caranya ikan bilis yang telah dicuci bersih digoreng tanpa minyak (disangai),lada hitam digoreng tanpa minyak dan kemudian ikan bilis dan lada hitam dikisar halus.Simpan dalam botol, makan dengan nasi panas.

MAKANAN YANG  DIGALAKKAN MAKAN





Sayur juga sedap dimakan terutama sawi untuk ibu-ibu dalam pantang, sayur sawi boleh dimasak dengan cara ditumis dengan satu sudu minyak bijan, bawang putih yang diracik halus dan sedikit air dan garam. Senang bukan? Jafi ibu-ibu yang di dalam pantang dan akan berpantang ikutlah nasihat dan petua yang Seri Wangi berikan untuk kesihatan diri ibu-ibu sendiri agar badan sentiasa sihat dan walafiat.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Thak You For Your Comment