RESEPI BERGEDEL DAGING DARI TRYMASAK - KEUNGGULAN WANITA

NUFFNANG

DS NUFFNANG

Sabtu, 13 Ogos 2011

RESEPI BERGEDEL DAGING DARI TRYMASAK



Seri Wangi nak kongsi resepi Bergedel dari  Trymasak. Resepi yang paling mudah kadang kala orang tidak tahu bagaimana hendak memasaknya. Dalam bulan puasa tentu kita selalu pening kepala nak masak apa, jadi jom kita cuna resepi Pegedil daging ni.




Bahan:

100g Daging Daging 
2 biji Kentang (direbus)
2 batang Saderi (dicincang)
2 tangkai daun bawang (dipotong halus)
2 sudu bawang goreng
2 biji telur
1/2 sudu kecil serbuk jintan manis
1/4 sudu kecil jintan putih
1/2 sudu serbuk ketumbar
1/2 sudu lada sulah
minyak untuk menggoreng
gula secukup rasa
garam secukup rasa

Caranya

1.  Lenyek kentang yang direbus tadi hingga hancur. Kemudian campur dengan semua bahan-bahan tadi kecuali telur. Gaul sebati dan bentukkan doh.

2.   Bentukkan adunan doh tadi bulat-bulat kecil.

3.   Pukul telur dalam mangkuk masukkan sedikit garam.

4.   Leperkan sedikit bebola doh tadi kemudian celupkan ke dalam telur sebelum digoreng.

5.    Panaskan minyak dalam kuali kemudian gorenglah bebola Begedel Daging tadi, apabila sudah masak bolehlah dihidangkan.


SELAMAT MENCUBA DAN SELAMAT BERPUASA

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Thak You For Your Comment